awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan sorak Malaysia, Team Malaysia Youth All Girl yang ke-6 terbaik dunia!

Astro Awani
Astro Awani
21/04/2023
21:00 MYT
Pasukan sorak Malaysia, Team Malaysia Youth All Girl yang ke-6 terbaik dunia!
Team Malaysia Youth All Girl berjaya ke peringkat akhir dan dinobat sebagai pasukan ke-6 terbaik dunia. - Foto Instagram/@teammalaysiacheer
KUALA LUMPUR : Walaupun kali pertama bertarung di pentas World Cheerleading Championships 2023 di ESPN Wide World Complex, Orlando, Amerika Syarikat, Pasukan Sorak Malaysia - Team Malaysia Youth All Girl berjaya ke peringkat akhir dan dinobat sebagai pasukan ke-6 terbaik dunia.
Persatuan Sorak Kebangsaan, Cheerleading Association and Register of Malaysia (CHARM) dalam satu kenyataan memaklumkan pasukan tersebut telah menunjukkan bakat dan dedikasi yang luar biasa dalam ICU Cheerleading Worlds Finals.
"Mereka menduduki tempat ke-6 daripada 12 pasukan yang cemerlang dari seluruh dunia.
"Pencapaian ini adalah bukti kerja keras, keazaman, dan kemahiran luar biasa setiap ahli pasukan, serta bimbingan dan sokongan luar biasa yang telah mereka terima sepanjang perjalanan mereka.
"Persaingan adalah sukar, menentang pasukan sorak paling berbakat di dunia yang bersaing untuk tempat teratas," ujarnya.
Bagaimanapun, CHARM menyifatkan Team Malaysia Youth All Girl berani menyahut cabaran dan menyampaikan persembahan cemerlang yang mempamerkan semangat kesukanan mereka.
"Mereka merupakan kebanggaan dan pengiktirafan kepada negara dengan menunjukkan bahawa dengan kerja keras, semangat, dan kerja berpasukan, apa-apa pun boleh dilakukan.
"Kami mengucapkan tahniah kepada Pasukan Malaysia di atas prestasi cemerlang mereka dan mendoakan mereka terus berjaya dalam usaha masa depan mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#World Cheerleading Championships 2023
#Persatuan Sorak Kebangsaan
#Team Malaysia Youth All Girl
#CHARM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan