KUALA LUMPUR: Persoalan mengenai pasangan baharu pemain beregu lelaki negara Nur Izzzuddin Rumsani terjawab apabila beliau disahkan bergandingan dengan Muhammad Haikal Nazri.
Situasi itu sekali gus menyaksikan gabungan Muhammad Haikal-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi, yang diberi julukan 'Patatimo Boys', terpaksa dipecahkan setelah digandingkan sejak 2019.
Pengarah Kejurulatihan Beregu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky berkata Wan Muhammad Arif pula akan dipasangkan dengan Yap Roy King, yang juga merupakan pemain beregu campuran bersama Valeree Siow.
Beliau berkata keputusan itu diambil selepas Nur Izzuddin menyatakan nekad untuk berpisah dengan pasangan beregunya Goh Sze Fei atas alasan hilang kepercayaan.
"Secara jujurnya sejak dari Terbuka Jepun tahun lepas lagi Nur Izzuddin tidak gembira dengan Sze Fei. Sze Fei seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang Nur Izzuddin cakap sehinggakan mereka balik berasingan ke sini.
"Kemudian ia terjadi lagi di Kejohanan Eropah iaitu Nur Izzuddin langsung tidak gembira, terus menghantar pesanan kepada saya bertanya mengenai masalah tersebut..," katanya kepada pemberita pada sesi latihan di sini, semalam.
Rexy berkata Nur Izzuddin sememangnya kecewa kerana tidak dapat memanfaatkan sebaiknya banyak peluang untuk melakar kejayaan akibat perselisihannya dengan Sze Fei.
Mereka yang dipasangkan pada 2016 hanya berjaya merangkul satu kejuaraan iaitu Terbuka Jerman 2022.
Rexy berkata pihak kejurulatihan telah menjalankan eksperimen ke atas gandingan Nur Izzuddin-Muhammad Haikal pada Cabaran Antarabangsa Malaysia 2022 di Ipoh, Disember lepas dan mereka muncul juara dengan menumpaskan Sze Fei-Goh Boon Zhe, 21-17, 21-16.
Pakar beregu dari Indonesia itu juga mengesahkan Sze Fei kini dipasangkan dengan Choong Hoon Jian selepas memaklumkan mereka berdua hampir pasti dipadankan, Jumaat lepas.
Sementara itu Wan Muhammad Arif berkata walaupun pada mulanya tergamam dan agak terkilan dengan keputusan tersebut, beliau kini berasa lega selepas berbincang dengan Rexy.
"Saya sememangnya sudah jangka perpisahan akan berlaku kerana apabila naik ke pasukan senior kena bersedia (hadapi perpecahan)," kata pemain berusia 20 tahun dari Terengganu itu
Muhammad Haikal yang juga berusia 20 tahun dari Kelantan pula berharap dapat memberikan aksi terbaik bersama Nur Izzuddin.
Dalam pada itu Rexy memaklumkan Nur Izzuddin-Muhammad Haikal akan dihantar menyertai Terbuka Jerman, bulan depan.
Beregu baharu itu bersama Sze Fei-Hoon Jian serta Wan Muhammad Arif-Roy King akan turut beraksi pada empat kejohanan tahun ini iaitu Cabaran Antarabangsa Thailand, Ruichang China Masters, Cabaran Antarabangsa Vietnam dan Cabaran Antarabangsa Osaka.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 07 2023
Wan Arif-Muhammad Haikal yang dikenali sebagai 'Patatimo Boys ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, baru-baru ini. --fotoBERNAMA
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
'Patatimo Boys' berpecah, Nur Izzuddin sah bersama Muhammad Haikal
Gabungan Muhammad Haikal-Wan Muhammad Arif Wan Junaidi terpaksa dipecahkan setelah digandingkan sejak 2019.
COVID-19 halang gandingan "Patatimo" beraksi di final Masters Orleans Perancis
Harapan beregu muda lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri untuk merangkul kejuaraan sulung mereka di Kejohanan Masters Orleans di Perancis punah.