Bintang import PKNS, Patrick Ronaldinho sah bakal menjadi import terbaharu juara Piala Malaysia 2015, Selangor pada musim depan.
Perkhabaran pemain import dari Liberia, Patrick Ronaldinho bakal menyertai selangor sudah lama kedengaran sejak saingan Liga Malaysia berakhir.
Akhirnya jurulatih PKNS, E. Elavarasan membuka mulut bagi mengesahkan pemain import utamanya itu sudah dipancaing oleh skuad abangnya, Selangor.
Jika tiada sebarang masalah teknikal, penyerang berusia 24 tahun itu sah menjadi milik The Red Giants.
"Dia (Ronaldinho) akan ke Selangor kerana sebagai jurulatih saya kena mengetahuinya lebih awal. Saya terpaksa mencari seorang lagi penyerang.
"Andai ada masalah teknikal dia mungkin kekal di sini, jika tidak dia akan ke Selangor," dedah Elavaran.
Sebagai persiapan menghadapi musim depan, PKNS sedang menguji bintang Indonesia, Oktovianius Maniani yang hadir pada sesi latihan yang masuk hari keempat pada Khamis.
Jika Elavarasan berpuas hati dengan prestasi Oktovianius, PKNS kemungkinan besar bakal menyerapkan pemain yang berasal dari Jayapura ini.
Beberapa muka baharu yang menyertai PKNS antaranya Remezey Che Ros, Khairul Ramadan Zauwawi, Yusaini Hafiz dan Farid Ramli.
"Peluangnya (Oktovianius) 50-50 sebab sebelum ini dia diuji dengan pasukan lain, tiba-tiba kami dihubungi ejennya dan kami pun berinya peluang. Dia belum diuji 100 peratus lagi jadi kita tengok macam mana nanti."
Astro Arena
Fri Dec 25 2015
Perkhabaran pemain import dari Liberia, Patrick Ronaldinho bakal menyertai selangor sudah lama kedengaran sejak saingan Liga Malaysia berakhir. - Gambar Astro ARENA
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Karektor pemain bawa kepada kejayaan JDT - Gomez
Karektor yang ditunjukkan oleh pemain sepanjang aksi final telah memacu kejayaan pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) merangkul kejuaraan Piala FA di Stadium Shah Alam di sini, malam tadi.
Patrick Ronaldinho sah ke Selangor
Bintang import PKNS, Patrick Ronaldinho sah bakal menjadi import terbaharu juara Piala Malaysia 2015, Selangor pada musim depan.