awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?

Astro Arena
Astro Arena
28/01/2025
03:10 MYT
Paul Pogba beri bayangan bakal kembali ke pangkuan Man Utd?
Pogba memuat naik gambar animasi di Instagram menunjukkan dia memakai jersi Manchester United sambil memandang pemain yang sedang meningkat naik, Amad Diallo.
TULAR di media sosial mengatakan bahawa pemenang Piala Dunia 2018, Paul Pogba, akan kembali memperkuat bekas majikannya, Manchester United, untuk menghidupkan semula kariernya sebagai pemain bola sepak profesional.
Terdahulu, pemain berusia 31 tahun itu mencapai kata sepakat bersama Juventus untuk menamatkan kontraknya lebih awal atas persetujuan bersama.
Sebelum ini, tonggak kebangsaan Perancis itu menjalani penggantungan selepas disahkan positif DHEA pada September 2023, bahan yang digunakan untuk meningkatkan tahap testosteron dalam tubuh badan.
Pogba memuat naik satu gambar animasi di Instagramnya yang menyaksikan dia memakai jersi Manchester United sambil memandang pemain yang sedang meningkat naik di Old Trafford, Amad Diallo.
Paul Pogba on Instagram: Lets see whats coming. Hes still available as free agent and officially allowed to play from March. pic.twitter.com/Y30P6uyu0S
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 27, 2025
Menurut kenyataan daripada wartawan bola sepak terkemuka, Fabrizio Romano, Pogba dilaporkan akan ke Carrington untuk menjalani latihan.
Adakah ini petanda bahawa Pogba akan bergabung semula bersama juara Piala FA 2024 itu? Hakikatnya dia sudah dibenarkan beraksi Mac depan.
'Bagai sirih pulang ke gagang?'
Topic Berkaitan
#Manchester United
#Paul Pogba
#bola sepak
#Amad Diallo
#Fabrizio Romano
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan