awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paulo Rangel sarung jersi JDT tahun depan

Astro Arena
Astro Arena
29/12/2015
10:00 MYT
Paulo Rangel sarung jersi JDT tahun depan
Rangel telah menjaringkan 12 gol dalam kempen Liga Malaysia bersama skuad Penyu. - Gambar fail
BEKAS penyerang Terengganu, Paulo Rangel, akan menyarung jersi Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia tahun depan.
Rangel merupakan pemain berpengalaman dan membuktikan kehebatannya ketika dinobatkan penjaring terbanyak Liga Super 2014 namun gagal mengulangi pencapaian itu bersama Terengganu tahun ini.
Menurut laporan Utusan Online, Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyifatkan bakat serta pengalaman Rangel dalam arena bolasepak Malaysia antara faktor utama yang menarik perhatiannya.
“Dia pemain berpengalaman, malah dengan mana pasukan pun dia beraksi, Rangel tidak pernah gagal menjaringkan gol,” kata Tunku Ismail kepada sidang media hari ini.
Rangel telah menjaringkan 12 gol dalam kempen Liga Malaysia bersama skuad Penyu. Namun prestasinya dilanda kecederaan dan masalah disiplin terutama sekali ketika digantung selama enam bulan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM selepas didapati bersalah menendang bola ke arah penolong pengadil tambahan kedua dan menolak badan pengadil pada 16 Mei lalu. Penyerang berasal dari Brazil itu juga pernah mengetuai jentera serangan Selangor dan Perak dalam kariernya sebagai pemain bolasepak profesional.
Rangel bakal mengisi kekosongan penyerang Argentina, Luciano Figueroa yang telah bersara setelah JDT menjuarai saingan Liga Super dan Piala AFC 2015.
Topic Berkaitan
#Harimau Selatan
#JDT
#Paulo Rangel
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan