awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pavard pacu kemenangan Perancis

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2023
02:00 MYT
Pavard pacu kemenangan Perancis
Aksi Pavard (kanan) meraikan kejayaan bersama Kylian Mbappe selepas menjaringkan gol pertama pasukan mereka dalam kelayakan Euro 2024 kumpulan B antara Ireland dan Perancis di Stadium Aviva, Dublin, Ireland, 27 Mac 2023. REUTERS
SATU gol hasil ledakan pemain pertahanan, Benjamin Pavard sudah cukup buat Perancis meraih kemenangan ke atas Ireland 1-0 dalam aksi kelayakan Euro 2024.
Dalam aksi di Lansdowne Road, Dublin itu Pavard menyumbat gol pada minit ke-50 awal pagi Selasa.
"Saya diberi peluang untuk bermain dan menghasilkan gol. Ia satu kejayaan," ujar Pavard.
Dalam aksi itu, pujian juga wajar diberikan kepada penjaga gol, Mike Maignan yang menggantikan bekas kapten Hugo Lloris.
Maignan beraksi cemerlang memastikan gawang Perancis kebal dalam dua minit terakhir perlawanan.
Ketika permainan berbaki 30 saat penjaga gol AC Milan itu menepis keluar tandukan rakan sepasukan, Jule Kounde.
Ia disusuli sepakan sudut dan Maignan sekali lagi menyelamat gawang Perancis, kali ini daripada percubaan pemain lawan, Nathan Collins.
"Aksi cemerlang Mike (Maignan) membolehkan kami terus mendahului dan menang tanpa bolos. Dia adalah pemain terbaik perlawanan," kata Pavard. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Euro 2024
#Perancis
#Ireland
#Benjamin Pavard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan