awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Kelahiran Puteri Diraja Brunei dirai dengan 17 das tembakan meriam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina

Bernama
Bernama
01/03/2025
22:00 MYT
Pearly fokus latihan fizikal, tingkatkan stamina
Mengenai sasaran di kejohanan badminton Masters Orleans dan Seluruh England, Pearly berkata dia dan Thinaah (gambar) mempunyai sasaran tersendiri namun enggan mendedahkannya. - Gambar fail/Facebook BAM
KUALA LUMPUR: Pemain beregu wanita negara, Pearly Tan menitikberatkan aspek stamina sebagai persediaan menghadapi kejohanan badminton Masters Orleans dan Seluruh England.
Beliau berkata perkara ini penting memandangkan bulan lepas tiada sebarang kejohanan disertai bersama gandingannya M Thinaah.
"Saya lakukan latihan tumpukan kepada daya tahan. Harap dua kejohanan ini (Masters Orleans, Seluruh England) saya dpt perform dengan baik.
"Waktu sesi latihan juga kita ada cuba strategi berbeza dan harap ia boleh boleh digunakan untuk dua kejohanan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui baru-baru ini
Mengenai sasaran di dua kejohanan berkenaan, Pearly berkata beliau dan pasangan mempunyai sasaran tersendiri namun enggan mendedahkannya.
"Target sudah tentu ada cuma benda itu dalam hati kami sendiri dan kami akan buat yang terbaik.
"Sebagai pemain, siapa yang tidak mahu menang, jadi kami akan beri aksi yang terbaik supaya nanti di kemudian hari tidak menyesal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Seluruh England
#Pearly Tan
#badminton
#Masters Orleans
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan