awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pearly-Thinaah tidak diturunkan untuk Piala Uber

Bernama
Bernama
02/04/2024
08:11 MYT
Pearly-Thinaah tidak diturunkan untuk Piala Uber
Rexy sebelum ini tidak menolak kemungkinan bahawa Pearly-Thinaah mungkin disisihkan daripada skuad Piala Uber 2024 bagi membantu mereka fokus kepada persiapan Sukan Olimpik 2024. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M Thinaah tidak akan disenaraikan pada saingan Piala Uber 2024 yang bakal berlangsung di Chengdu, China bermula 27 April hingga 5 Mei ini.
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky berkata pihak pengurusan sebulat suara bersetuju dengan keputusan tersebut sekali gus menyaksikan tanggungjawab bagi acara beregu wanita digalas pemain lain.
"Saya boleh kata 90 peratus (tidak diturunkan). Setakat ini yang kita tahu pemain senior Teoh Mei Xing tapi pemain lain kita akan lihat dahulu mungkin ada yang bermain bagi dua acara untuk lihat kelebihan mereka lebih kepada beregu atau sebaliknya termasuk pemain muda.
"Setakat ini secara prinsipal pihak pengurusan juga bersetuju (Pearly-Thinaah tidak diturunkan)," katanya ketika ditemui pemberita di ABM, Bukit Kiara di sini hari ini.
Pada Mac lepas, Rexy tidak menolak kemungkinan bahawa Pearly-Thinaah mungkin disisihkan daripada skuad Piala Uber 2024 bagi membantu mereka fokus kepada persiapan Sukan Olimpik 2024.
Malaysia, yang tidak pernah menjuarai Piala Uber dan turun selaku pilihan ke-10, bakal mengharungi laluan berliku pada edisi kali ini apabila diletakkan dalam Kumpulan B bersama pilihan keempat Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Uber
#Pearly Tan-
#M Thinaah
#Rexy Mainaky
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan