awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai, pemain KDA FC terima sumbangan Aidilfitri RM200,000

Bernama
Bernama
25/03/2025
09:07 MYT
Pegawai, pemain KDA FC terima sumbangan Aidilfitri RM200,000
Saifuddin hadir pada majlis penyampaian sumbangan kepada pemain-pemain Kedah Darulaman FC di Alor Setar, pada Selasa. - Bernama
ALOR SETAR: Barisan pemain serta pegawai pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menarik nafas lega setelah menerima sumbangan keseluruhan RM200,000 menerusi Tabung Aidilfitri Pemain Bola Sepak Kedah hari ini.
Sumbangan itu disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam majlis yang diadakan di sebuah hotel di sini.
Saifuddin Nasution berkata sumbangan tersebut diharap dapat melegakan sedikit keperitan hidup pemain serta pegawai pasukan akibat tunggakan gaji yang berlarutan hingga 10 bulan.
"Kita berjaya mengumpul RM200,000 setakat tengah hari semalam, saya bersyukur inisiatif ini dapat membantu melegakan mereka. Bayangkan lagi seminggu, persiapan raya tak menentu akibat daripada tak dapat gaji bulanan yang agak lama," katanya selepas menyampaikan sumbangan tersebut di sini hari ini.
Tabung berkenaan diusahakan oleh tiga badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu meringankan beban para pemain dan pegawai menjelang sambutan Aidilfitri ini.
NGO berkenaan ialah Rangkaian Anak Darulaman Se-Malaysia (RADA), Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Aman (SUARA) dan Persatuan Anak Darulaman Malaysia (ADAM).
KDA FC berdepan kemelut kewangan yang meruncing hingga pemain dan pegawai pasukan itu menghadapi tunggakan gaji hampir setahun dan kini berada di tangga ke-11 Liga Super.
Sementara itu, Saifuddin Nasution berkata beliau telah mengadakan perbincangan bersama pemilik KDA FC Tan Sri Mohd Daud Bakar bagi membincangkan hala tuju kelab berkenaan.
"Pertemuan yang diadakan sebelum ini didorong oleh minat saya terhadap sukan bola sepak dan pasukan Kedah," katanya yang tidak memperincikan butir perbincangan.
Katanya, beliau memahami detik sukar dilalui Mohd Daud yang menguruskan pasukan KDA FC ketika ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDA FC
#sumbangan Aidilfitri
#tunggakan gaji
#pemain KDA FC
#pegawai KDA FC
#NGO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan