awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelancongan golf mampu jadi platform tarik pelancong ke Malaysia

Bernama
Bernama
19/02/2022
10:06 MYT
Pelancongan golf mampu jadi platform tarik pelancong ke Malaysia
Pelancongan golf juga mampu menghidupkan semula sukan berprestij ini yang sebelum ini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19. - Gambar hiasan
MELAKA: Pemain industri pelancongan di negara ini perlu lebih proaktif dan kreatif dalam membawa masuk lebih ramai pelancong ke Malaysia termasuklah menggunakan platform sukan seperti golf sebagai daya penarik.
Presiden Malaysia Inbound Tourism Association (MITA) Uzaidi Udanis berkata, ia bukan saja untuk menarik pelancong ke Malaysia, pelancongan golf juga mampu menghidupkan semula sukan berprestij ini yang sebelum ini terjejas teruk akibat pandemik COVID-19.
"Penganjuran Kejohanan Melaka Tourism Golf Challenge 2022 ini kita anggap sebagai satu pencetus untuk pelancongan golf.
"Jadi penggiat pelancongan perlu kreatif kerana benda ini (golf) dah ada depan mata dengan 250 padang golf di seluruh negara malah Melaka sebagai bandar pelancongan, dekat dengan KLIA. Jadi penggiat pelancongan perlulah kreatif untuk menarik pelancong ke sini," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan tersebut di Ayer Keroh Country Club di sini hari ini.
Terdahulu, seramai 45 peserta dari Johor, Kuala Lumpur, Melaka dan Selangor menyertai kejohanan yang julung kali diadakan oleh pihak MITA, dengan Melaka menjadi lokasi pertama kejohanan bagi 2022.
Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zaidi Johari, Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka Sa'ari Basiron dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya Datuk Shadan Othman.
Tambah Uzaidi, pelancongan golf juga dapat memberi satu persepsi yang penting iaitu golf dan pelancongan saling berkait rapat dalam membantu sektor pelancongan negara menghadapi saingan yang semakin tinggi terutama dari negara luar seperti Thailand, Arab Saudi dan Singapura dalam membawa masuk pelancong pada era pandemik ini.
Di samping itu, dua inisiatif kerajaan iaitu program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LITB) dan skim Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin-Laluan Darat (VTL Darat) antara Singapura dengan Malaysia juga dilihat dapat memacukan lagi pelancongan golf di negara ini.
Katanya, adalah satu kerugian apabila lebih 4,500 pelancong yang datang ke Langkawi melalui inisiatif tersebut tidak dapat memanjangkan penginapan mereka dan bermain golf.
"Kalau mereka tinggal lebih lama, mereka akan berbelanja lebih termasuklah bermain golf.
"Jadi dengan pengurangan jumlah hari daripada tujuh kepada lima hari yang perlu tinggal di Langkawi, kita percaya ini langkah terbaik. Kita juga harap pada peringkat seterusnya, dengan adanya prosedur operasi standard baharu Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, pelancongan golf akan meningkat kembali," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#golf
#pelancongan
#Uzaidi Udanis
#penganjuran kejohanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan