awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelantikan Hafiz Hashim belum muktamad

Bernama
Bernama
13/06/2017
15:35 MYT
Pelantikan Hafiz Hashim belum muktamad
Mohamad Norza berkata penyertaan bekas pemain kebangsaan ke dalam struktur kejurulatihan BAM sejak kebelakangan ini membuktikan mereka bersedia mencurahkan pengalaman dalam membantu meningkatkan prestasi pemain sedia ada. - Gambar fail
Pelantikan bekas pemain badminton kebangsaan, Muhammad Hafiz Hashim sebagai jurulatih perseorangan wanita masih belum dimuktamadkan.
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata walaupun juara All-England 2003 itu menghadiri temuduga yang dijalankan Pengarah Teknikal BAM Morten Frost Hansen hari ini, ia tidak bermakna pemain itu akan dilantik ke jawatan berkenaan.
"Morten beranggapan kita masih boleh menambah seorang jurulatih untuk membantu Tey Seu Bock.
"Sebab itu, kita mengadakan temuduga dengan Muhammad Hafiz dan saya akan berbincang dengan Frost esok, berhubung rumusan temuduga berkenaan dan mengambil keputusan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Eksekutif Majlis Olimpik Malaysia (MOM) ke-21 di Wisma MOM di sini hari ini.
Mohamad Norza berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan berita hari ini, yang mendakwa bekas pemain negara itu berminat menghadiri temuduga jawatan jurulatih perseorangan wanita kebangsaan.
Pada masa sama, Mohamad Norza menegaskan penyertaan beberapa bekas pemain kebangsaan ke dalam struktur kejurulatihan BAM sejak kebelakangan ini membuktikan mereka bersedia untuk mencurahkan pengalaman mereka dalam membantu meningkatkan prestasi pemain sedia ada.
Untuk rekod, Muhammad Hafiz, 34, mengambil keputusan untuk keluar daripada naungan BAM pada 2011 dan mengusahakan kelab badminton swasta, Kelab Badminton Jaguh Tangkis di Kota Damansara, Petaling Jaya pada 2013.
Khamis lepas, BAM mengumumkan perubahan struktur kejurulatihan skuad kebangsaan yang menyaksikan legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek akan mengetuai bahagian perseorangan lelaki manakala bekas pemain beregu lelaki negara, Cheah Soon Kit ditugaskan selaku ketua jurulatih beregu lelaki.
Tey Seu Bock yang melatih jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebelum ini, pula ditugaskan mengetuai bahagian perseorangan wanita negara manakala dua lagi bekas pemain kebangsaan, Wong Pei Tty dan Chin Eei Hui memberi tumpuan kepada bahagian beregu wanita dan beregu campuran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#BAM
#bekas pemain
#Hafiz Hashim
#jurulatih perseorangan wanita
#Misbun Sidek
#Mohamad Norza Zakaria
#Morten Frost Hansen
#Muhammad Hafiz Hashim
#temuduga jawatan
#Tey Seu Bock
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan