HANOI: Adakah sentuhan 'magis' pengendali skuad kebangsaan Kim Pan Gon akan berterusan sekali gus membantu Malaysia merentap ego Vietnam di gelanggang keramat mereka di Stadium Nasional My Dinh di sini, malam esok?
Rekod pertemuan cemerlang yang berpihak Vietnam menjadikan persoalan itu sukar dijawab tatkala debaran pertembungan kedua-dua pasukan yang bakal membuat perhitungan pada perlawanan penting Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022, kian terasa.
Selepas mengatasi Myanmar 1-0 dan Laos 5-0 pada dua aksi pertama, skuad Harimau Malaya memburu kemenangan ketiga berturut-turut atau sekurang-kurangnya mengekalkan rekod tanpa kalah dengan meraih keputusan seri, sekali gus berpeluang cerah layak ke peringkat separuh akhir.
Bagaimanapun, Vietnam bukan calang-calang pasukan selepas segala usaha Malaysia dalam tempoh hampir sedekad meraih kemenangan berdepan mereka menemui jalan buntu dan menyaksikan badi tanpa kemenangan sejak 2014 belum berjaya ditamatkan.
Tempoh lapan tahun kebelakangan menyaksikan skuad Harimau Malaya belum berjaya menumpaskan skuad 'Golden Star Warriors' dalam semua pertandingan - kalah enam dan seri sekali. Kali terakhir Malaysia menang ialah pada separuh akhir kedua Piala AFF 2014 dengan keputusan 4-2.
Berdasarkan ranking dunia semasa, Vietnam yang juga juara dua kali Piala AFF pada 2008 dan 2018, berada jauh lebih baik di posisi ke-96 sementara Malaysia yang muncul juara pada 2010, di kedudukan ke-145.
Di atas kertas Vietnam merupakan pasukan pilihan apatah lagi skuad bimbingan Park Hang Seo itu mempunyai masa rehat yang lebih panjang berbanding Malaysia yang terpaksa mengharungi tiga aksi termasuk dua perlawanan di tempat lawan dalam masa tujuh hari.
Hang Seo juga menyenaraikan ramai pemain popular dan penting di kedua-dua bahagian pertahanan serta serangan, selain turut menggunakan khidmat pemain muda berpotensi.
Antara pemain yang terkenal ialah tonggak pemain pertahanan Que Ngoc Hai selain trio bahagian tengah dipimpin ketua pasukan Do Hung Dung, Nguyen Hoang Duc dan pemain sensasi Nguyen Quang Hai yang meledak dua jaringan dalam tiga pertemuan terakhir menentang Malaysia.
Selain itu, gandingan penyerang Nguyen Van Quyet dan Pham Tuan Hai juga perlu diberi perhatian kerana keupayaan mereka mengucar-kacirkan benteng pertahanan negara untuk membuka ruang buat rakan sepasukan mencipta jaringan.
Meskipun begitu, keupayaan pasukan negara di bawah bimbingan Pan Gon tidak boleh dipandang rendah terutama apabila berjaya mengatasi Myanmar pada aksi pembukaan di Yangon, Rabu lepas sekali gus menamatkan badi tanpa kemenangan sejak 2016.
Prestasi cemerlang pemain sayap, Mohamad Faisal Halim yang meledak keseluruhan tiga gol untuk muncul penjaring terbanyak bersama kejohanan setakat ini, menjadi sandaran utama pasukan negara.
Selain itu, skuad bimbingan Pan Gon juga mempunyai kelebihan untuk menerapkan permainan fizikal menerusi dua tonggak naturalisasi Lee Tuck dan Sergio Aguero yang berjaya meledak gol pertama bersama skuad kebangsaan dalam kejayaan membelasah Laos di Stadium Nasional, di Bukit Jalil, Sabtu lepas.
Dalam pada itu, perlawanan esok merupakan pertemuan pertama Pan Gon dan Hang Seo, kedua-duanya dari Korea Selatan, selepas Pan Gon dilantik membimbing pasukan negara awal tahun ini.
Selepas dua perlawanan, Malaysia mendahului saingan kumpulan dengan mengumpul enam mata, Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali masing-masing berkongsi tiga mata di posisi kedua dan ketiga, manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata.
Justeru, kemenangan esok akan mengesahkan kemaraan Malaysia ke separuh akhir dan menebus kekecewaan terkandas awal pada edisi lepas, sementara keputusan seri dapat mengurangkan tekanan pasukan yang dijadual menerima kunjungan Singapura di Stadium Nasional pada aksi terakhir 3 Jan ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 26 2022
Sentuhan 'magis' Kim Pan Gon amat diperlukan dalam membantu mempersiap pasukan negara berdepan Vietnam. - Bernama
Thomas Cup: Zii Jia ketepikan 'kegoyahan' kem perseorangan lelaki negara
Lee Zii Jia tidak mahu terlalu memikirkan situasi kem perseorangan negara yang kurang mantap menjelang aksi pembukaan Kumpulan D saingan Piala Thomas 2024 berdepan Hong Kong, esok.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Sebutan rayuan pendakwaan terhadap Bung Moktar, isteri ditetapkan 29 Julai
Timbalan pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh itu semasa pengurusan kes hari ini dan beliau turut menetapkan pengurusan kes akhir pada 15 Julai.
AWANI 7:45 [26/04/2024] - Wajar tidak dijemput | UM jemput pensyarah Pro-Israel | Rumah terbuka di Kuala Kubu Bharu | Penamaan calon pada Sabtu
#AWANI745 malam ini bersama Irfan Faruqi;
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
1. PM sindir pensyarah Amerika jemputan UM berkualiti rendah
2. Mahasiswa boikot kuliah, jika VC UM membisu
3. Bersih dakwa Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor bercanggah Akta Kesalahan Pilihan Raya
4. SPR selesai persiapan proses penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu
Freedom Flotilla to Gaza: NGO Malaysia gesa kerajaan mohon kebenaran Republik Guinea-Bissau guna bendera
Kumpulan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dari Malaysia menggesa kerajaan untuk membantu memudahkan misi pelayaran misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza.
Jangan pilih merengek, sebaliknya berunding bantu rakyat - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menempelak pendirian pemimpin yang memilih merengek dan mencaci usaha kerajaan membantu semua kaum, yang hanya merugikan rakyat.
Misi menamatkan kemarau Piala Thomas di Chengdu diteruskan
Menang besar atau balik, itu situasi menanti pasukan badminton lelaki negara yang berhasrat untuk mengukir nama mereka dalam sejarah.
Break the Siege Freedom: Sampai bila misi ini akan ditangguhkan?
Penangguhan sekali lagi Misi Break the Siege Freedom Flotilla to Gaza terus menimbulkan tanda tanya kepada delegasi terlibat, sampai bila ia akan ditangguhkan.
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Sehingga ke saat, rakan setugas Syaff Shukri memaklumkan, belum ada sebarang keputusan daripada Freedom Flotilla Coalition (FFC) berhubung perkara ini.
#AWANI745
#IsraelCuak
Citra MTDC - Pengukuhan struktur untuk bina ekosistem lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
#AWANI745
#AWANI745
348 ditahan atas pelbagai kesalahan dadah
Polis menahan 348 individu termasuk 11 wanita dalam Ops Hawk yang dijalankan di seluruh negeri ini selama tiga hari bemula Selasa.
Usah buat Pan-gon kecewa lagi
Datuk Pekan Ramli berkata, pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon dikritik teruk atas dua kekalahan tersebut dan kecaman itu disifatkan sebagai sesuatu yang tidak adil.
Pan Gon masih individu tepat bimbing Harimau Malaya - Mohd Saifuddin
Pan Gon telah membuktikan kemampuannya mentransformasikan pasukan negara sehingga layak secara merit ke Piala Asia selepas 42 tahun.
Kekalahan kepada Oman bukan pengakhiran - Pan Gon
Keajaiban diharap pada perlawanan menentang Kyrgyzstan di Bishkek pada 6 Jun dan saingan menentang Taiwan di Bukit Jalil pada 11 Jun.
Malaysia-Oman: Pan Gon tuntut janji padang dalam keadaan terbaik
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon menuntut janji yang diberikan bahawa kualiti padang akan berada dalam keadaan terbaik.
Harimau Malaya tekad balas dendam ke atas Oman di Bukit Jalil
Kim Pan Gon beri jaminan Malaysia akan membalas dendam selepas kalah 0-2 kepada Oman di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa ini.
FAM tetap pendirian kekal puas hati dengan keadaan padang SNBJ
FAM tetap dengan pendirian berpuas hati dengan keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang akan digunakan menjelang perlawanan Malaysia menentang Oman.
PSM pastikan kualiti padang Stadium Nasional bersedia untuk aksi Oman - Hannah
Hannah yakin Perbadanan Stadium Malaysia akan memastikan kualiti padang di Stadium Nasional Bukit Jalil bersedia untuk aksi skuad Harimau Malaya menentang Oman.
Tak mungkin dihantar pulang! FAM pertahan Pan-gon bersama Harimau Malaya
Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon akan terus membimbing skuad Harimau Malaya bagi mengharungi perlawanan penting termasuk pusingan Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027.
Bintang Totenham Hotspur, Son Heung-Min puji Harimau Malaya
Kapten Korea Selatan itu kagum dengan kegigihan dan kesunggguhan pasukan Malaysia yang mampu bangkit dua kali daripada ketinggalan.
Pan Gon bangga pemain capai keputusan menakjubkan
Pan Gon mengakui sukar memotivasikan pemainnya menjelang perlawanan menentang Taegeuk Warriors selepas gagal mara ke pusingan 16 terbaik.