awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang skuad ragbi 15's sertai ARC 2021 kembali cerah

Bernama
Bernama
17/02/2021
23:45 MYT
Peluang skuad ragbi 15's sertai ARC 2021 kembali cerah
Sebelum ini, KRM merayu sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak termasuk syarikat bagi membolehkan pasukan ragbi 15's negara menyertai perlawanan di peringkat antarabangsa. - Gambar hiasan/ Facebook@DukeKrishnan05
KUALA LUMPUR:Peluang pasukan 15 sepasukan (15's) negara menyertai Kejohanan Ragbi Asia (ARC) dijadual berlangsung pada Mei ini, tampak kembali cerah meskipun masih bergelut mencari dana dalam melakukan persediaan terbaik menghadapi saingan itu.
Ia selepas Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) mengesahkan beberapa syarikat korporat menyatakan kesediaan mereka dalam menaja persiapan pasukan negara yang kini menduduki ranking dunia ke-49 dan keenam di Asia.
"KRM sedang memperhalusi strategi persediaan pasukan 15s...KRM telah dimaklumkan kesediaan beberapa syarikat korporat untuk menaja persediaan pasukan kebangsaan dalam menghadapi ARC.
"Dana yang bakal diperoleh masih kurang daripada apa yang diperlukan dan akan diperoleh secara berperingkat," menurut Setiausaha Agung Kerhormat KRM Amrul Hazarin Hamidon dalam kenyataan.
Perkara itu antara dibincangkan dalam Mesyuarat Exco KRM secara dalam talian dipengerusikan Presiden KRM Datuk Shahrul Zaman Yahya pada Isnin lepas, selain mengenai penubuhan Akademi Ragbi Malaysia (ARM) dengan kerjasama Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sebelum ini, KRM merayu sumbangan kewangan daripada mana-mana pihak termasuk syarikat bagi membolehkan pasukan ragbi 15's negara menyertai perlawanan di peringkat antarabangsa dengan sekurang-kurangnya RM2 juta diperlukan bagi mempersiapkan pasukan selama enam bulan.
Sementara itu, KRM memaklumkan ARM yang bakal ditubuhkan akan merangkumi aspek kejurulatihan, kepengadilan dan kepegawaian dalam sukan ragbi selain turut mempunyai cabang dalam memberi fokus kepada pembangunan pengadil menerusi penubuhan Sekolah Cikgu Maniam (SCM).
Sementara itu, mesyuarat turut bersetuju untuk memulakan Projek Ragbi Piala Dunia 2031 (Projek P31) yang melibatkan beberapa fasa dan bakal diletakkan di bawah seliaan Pengarah Pembangunan KRM.
Menyentuh mengenai status pembinaan Stadium Ragbi Negara, KRM memaklumkan sebuah syarikat konglomerat berminat untuk membantu badan induk ragbi negara itu dalam menambah baik prasarana dan penyelenggaraan diperlukan di stadium tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ragbi
#Malaysia
#KRM
#Kejohanan Ragbi Asia
#dana
#Tajaan
#syarikat korporat
#Asia
#ranking
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan