awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
Shah Firdaus tidak sertai ACC 2026
LHDN kesan RM1.4 bilion pendapatan tidak dilapor hasil semakan e-Invois
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang Speedy Tigers ke Olimpik masih samar, tewas kepada Great Britain

Bernama
Bernama
17/01/2024
01:30 MYT
Peluang Speedy Tigers ke Olimpik masih samar, tewas kepada Great Britain
Peluang skuad hoki lelaki negara menamatkan kemarau 24 tahun layak ke pentas Olimpik masih samar selepas tewas 1-4 kepada Great Britain pada saingan peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman awal pagi tadi.
KUALA LUMPUR: Peluang skuad hoki lelaki negara menamatkan kemarau 24 tahun layak ke pentas Olimpik masih samar selepas tewas 1-4 kepada Great Britain pada saingan peringkat kumpulan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman awal pagi tadi.
Ia merupakan kekalahan kedua berturut-turut anak buah A. Arul Selvaraj di Stadium Hoki Oman itu selepas tewas kepada China 2-3 pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan A, Isnin lepas.
Turun dengan misi sukar menentang Great Britain ranking keempat dunia, skuad negara ranking ke-14 terpaksa akur dengan keampuhan jentera serangan pihak lawan yang terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi Will Calnan pada minit ke-19.
Tidak mahu membiarkan Great Britain terus tersenyum, skuad hoki negara tetap memberikan tentangan apabila berhasil menyamakan kedudukan menerusi Muhammad Shahril Saabah pada minit ke-26.
Great Britain meraih gol kedua menerusi Sam Ward yang menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-32 sebelum Zachary Wallace meledak gol ketiga pasukan selang tujuh minit kemudian.
Bagaimanapun, Ward memastikan Great Britain sukar digugat apabila beliau menjaringkan gol keempat pasukan yang juga gol keduanya pada perlawanan itu pada minit ke-58.
Keputusan dicatat pada perlawanan awal pagi tadi itu sekali gus menyaksikan Great Britain mengungguli kedudukan kumpulan dengan enam mata, manakala China di tempat kedua berkongsi tiga mata dengan Pakistan di tempat ketiga manakala Malaysia di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Bagaimanapun, China, Pakistan dan skuad negara masing-masing berkongsi jumlah jaringan yang sama (tiga).
Speedy Tigers tidak mempunyai pilihan lain selain perlu menumpaskan Pakistan dengan jaringan besar serta mengharapkan Great Britain menumpaskan China pada perlawanan terakhir kumpulan Jumaat ini, sekali gus berada di dua kedudukan teratas kumpulan bagi melayakkan diri ke saingan separuh akhir.
Kejohanan Kelayakan Olimpik 2024, di Muscat merupakan pentas terakhir bagi semua pasukan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 dengan tiga pasukan terbaik kejohanan akan meraih slot ke temasya terbesar dunia itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#skuad hoki lelaki
#Speedy Tigers
#Sukan Olimpik Paris
#A Arul Selvaraj
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan