awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelumba kebangsaan untuk LTdL 2023 diketahui minggu depan

Bernama
Bernama
21/07/2023
11:00 MYT
Pelumba kebangsaan untuk LTdL 2023 diketahui minggu depan
Mohd Yusof berkata pemilihan pelumba akan turut mengambil kira penilaian terhadap prestasi pada Kejohanan Jalan Raya Kebangsaan 2023 yang bermula hari ini di Bukit Katil, Melaka. - Gambar/ Bernama
MELAKA: Senarai pelumba pasukan kebangsaan yang bakal menggalas cabaran pada perlumbaan jelajah Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 akan diketahui minggu hadapan.
Jurulatih skuad berbasikal lebuh raya negara, Mohd Yusof Abdul Nasir, berkata pemilihan pelumba akan turut mengambil kira penilaian terhadap prestasi pada Kejohanan Jalan Raya Kebangsaan 2023 yang bermula hari ini di Bukit Katil, Melaka.
"Senarai itu akan ditentukan selepas perlumbaan acara lepas beramai-ramai, Bagaimanapun, mereka yang akan dipilih ini bukan hanya bersandarkan keputusan pemenang tetapi berdasarkan persembahan kerana kita mahu pantau dan pastikan mereka ini dalam kondisi terbaik.
"Kita ada senarai awal beberapa nama untuk persediaan termasuk empat atau lima bekas pelumba Team Sapura Cycling (TSC) selain beberapa pelumba dari negeri lain dan senarai itu akan diserahkan kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM)," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Mohd Yusof berkata pihaknya menerusi PKBM telah memohon bantuan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk latihan menghadapi LTdL 2023 dan berharap mereka yang terpilih kelak akan memberikan kerjasama untuk persediaan LTdL 2023.
Perlumbaan jelajah berbasikal terunggul Asia, LTdL 2023 yang memasuki edisi ke-27 tahun ini, bakal berlangsung dari 23 hingga 30 Sept depan membabitkan lapan peringkat perlumbaan merentasi 11 buah negeri di Semenanjung Malaysia dengan jarak keseluruhan sejauh 1,280 kilometer (km).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#LTdL
#pelumba kebangsaan
#Mohd Yusof Abdul Nasir
#senarai pelumba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan