awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Lima rakyat Malaysia masih di Iran - Mohamad Hasan
MALAYSIA
Jangan terjebak pinjaman haram - KPKT
DUNIA
Letupan cetus insiden rempuhan di sekolah ragut 29 nyawa di Afrika Tengah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Pemain bola sepak Argentina meninggal dunia ketika jalani pembedahan lutut

Astro Arena
Astro Arena
28/06/2025
03:00 MYT
Sponsor Banner
Pemain bola sepak Argentina meninggal dunia ketika jalani pembedahan lutut
Camilo Nuin, meninggal dunia semasa pembedahan lutut, dengan punca kematian masih belum dapat ditentukan.
PEMAIN tengah Argentina, Camilo Nuin, meninggal dunia semasa pembedahan lutut, dengan punca kematian masih belum dapat ditentukan.
“Dengan rasa sedih yang mendalam kami mengucapkan selamat tinggal kepada Camilo Nuin, pemain pasukan simpanan, yang meninggal dunia pagi ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan San Telmo, kelab divisyen dua di Argentina.
"Kami bersama keluarga Nuin dan orang tersayangnya dalam saat yang sukar ini. Legasinya akan kekal bersama pasukan selama-lamanya."
Nuin, bermain 82 perlawanan untuk pasukan simpanan San Telmo.
Dilahirkan di Padua, Greater Buenos Aires, Nuin berlatih dengan pasukan remaja Boca Juniors dan Independiente sebelum menyertai San Telmo pada 2022.
Ketika pemergiannya, San Telmo berada di tangga ke-11 dalam Kumpulan B divisyen dua Argentina.
Menurut La Nacion, Nuin menjalani pembedahan lutut untuk bagi memulihkan semula ligamen dan meniskus iaitu kecederaan sering terjadi dalam sukan bola sepak.
Biasanya, pemain yang pulih daripada prosedur sedemikian memerlukan sekurang-kurangnya sembilan bulan sebelum kembali ke padang.
Berita kematian Nuin mengejutkan ramai pihak, dengan ada yang menyatakan tidak percaya bahawa seorang pemain boleh mati semasa pembedahan lutut pada era moden.
Punca kematian Nuin masih belum diketahui, kerana pihak berkuasa sedang menunggu keputusan bedah siasat. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Camilo Nuin
#Camilo Nuin meninggal dunia
#pemain tengah Argentina
#pembedahan lutut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami