awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain bola sepak El Ghazi saman Mainz 05 yang memecatnya kerana hantaran pro Palestin

Bernama
Bernama
16/11/2023
04:38 MYT
Pemain bola sepak El Ghazi saman Mainz 05 yang memecatnya kerana hantaran pro Palestin
El Ghazi sebelum ini pernah digantung dan diberi amaran mengenai frasa 'From the river to the sea' di akaun Instagramnya. - Instagram Anwar El Ghazi
ANKARA: Pemain Belanda berketurunan Maghribi, Anwar El Ghazi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mainz 05 kerana dipecat oleh kelab Jerman itu selepas pemain sayap itu membuat hantaran di media sosial menyokong Palestin, lapor Agensi Anadolu.
Bild melaporkan bahawa El Ghazi, 28, bertindak menyaman Mainz selepas kelab Bundesliga itu menamatkan kontraknya pada 3 Nov berikutan hantaran di Instagramnya yang menyokong rakyat Palestin secara terbuka.
El Ghazi sebelum ini pernah digantung dan diberi amaran mengenai frasa "From the river to the sea" bermaksud "dari sungai ke laut" di akaun Instagramnya.
"From the river to the sea, Palestine will be free" (Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas) merupakan slogan Palestin yang merujuk kepada kawasan antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean.
Beliau kemudiannya memberi respons terhadap penamatan kontraknya di platform X, dengan hantaran "Saya berdiri demi kebenaran, meskipun ia bermakna saya terpaksa mengharunginya sendirian."
"Kehilangan mata pencarian saya tidak bermakna apa-apa jika dibandingkan dengan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami mereka yang tidak bersalah di Gaza," katanya.
Sebelum ini, El Ghazi pernah beraksi untuk kelab Belanda Ajax dan PSV Eindhoven, Aston Villa dan Everton di England, serta Lille di Perancis.
--BERNAMA-ANADOLU
View this post on Instagram
A post shared by Anwar El Ghazi (@elghazi21)
Topic Berkaitan
#Anwar El Ghazi
#hantaran di media sosial
#Palestin
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan