ALOR SETAR: Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Aidil Sharin Sahak mahu anak buahnya belajar daripada kesilapan dan segera memperbaiki kelemahan sekiranya ingin meraih kemenangan pada perlawanan akan datang.
Ketua Jurulatih KDA FC itu berkata pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya sehingga pasukan lawan mencuri peluang untuk memenangi perlawanan.
"Perlawanan ini, saya mengambil tanggungjawab ini dan tentunya memberi pengajaran kepada kami untuk memperbaiki kelemahan. Babak pertama permainan, kami banyak mengawal bola dan mencipta gerakan tetapi melepaskan peluang itu.
"Sebelum perlawanan saya sering mengingatkan, PJ City adalah pasukan yang sering bekerja keras dan sentiasa gigih berusaha memenangi perlawanan," katanya selepas berakhir perlawanan yang menyaksikan KDA FC tewas 0-1 kepada PJ City FC di Stadium Darul Aman di sini malam tadi.
Sementara itu Aidil Sharin mahukan supaya anak buahnya melupakan perlawanan itu dan kembali fokus mempersiapkan diri bagi perlawanan seterusnya bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT), Selasa ini.
Beliau mahu barisan pemainnya tidak lemah semangat sebaliknya bangkit memperbaiki kesilapan secepat mungkin apabila berdepan JDT.
"Perlawanan itu nanti bukan mudah kerana kita tahu JDT pasukan terbaik liga, tapi apa saja boleh berlaku dalam bola sepak, kami perlu membuat persediaan secukupmya dalam masa beberapa hari saja," katanya.
Sementara itu Ketua Jurulatih PJ City P. Maniam memuji kesebelasan utamanya apabila berjaya membenam Kedah, sekali gus membawa pulang tiga mata berharga di tempat lawan.
Katanya walaupun bukan mudah, komitmen yang tinggi serta semangat berpasukan mereka mampu menunjukkan prestasi terbaik bagi meraih kemenangan tersebut.
"Saya gembira dengan komitmen pemain dan bekerja keras untuk perlawanan malam tadi dan tentunya hadiah buat pihak pengurusan. Saya berpuas hati dengan persefahaman antara pemain dalam perlawanan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 02 2022
KDA FC tewas 0-1 kepada PJ City FC di Stadium Darul Aman di sini malam tadi. - Foto Facebook/Kedah Darul Aman FC
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Khairul Azman ucap selamat tinggal buat KDA FC
Khairul Azman merupakan individu kedua melangkah keluar dari kelab itu selepas bekas pengendali Aidil Sharin Sahak pada Isnin.
KDA FC umum penamatan khidmat ketua jurulatih Aidil Sharin
Ahli lembaga pengarah kelab memberi keutamaan kepada perancangan bagi musim 2023.
Penalti diperoleh JDT lemahkan moral pemain KDA FC - Aidil Sharin
Sepakan penalti dan kesilapan pemain pertahanan yang menghadiahkan gol mudah kepada JDT dilihat menjadi faktor KDA FC gagal meraih mata.
Pemain KDA FC perlu belajar dari kesilapan - Ketua Jurulatih
Pemain perlu memanfaatkan setiap peluang yang terhidang dan tidak mensia-siakannya.
Liga Super: Kesempatan Kedah Darul Aman turunkan lima import sekali gus
Selangor dianggap mempunyai motivasi terbaik selepas menundukkan Sabah di laman lawan.
Aidil Sharin puji persembahan anak buah benam Sarawak United
Walaupun tanpa kehadiran beberapa pemain utama, pasukannya masih berjaya mengawal perlawanan dengan baik.
Aidil Sharin puas hati persembahan pemain muda KDA FC
Walaupun tanpa kesebelasan utama dan pemain import, pemain muda yang diturunkan berjaya melaksanakan tugas dengan cemerlang.
Syafiq Ahmad kembali sarung jersi Kedah
Ia mampu beri kekuatan baharu dalam corak serangan skuad Hijau Kuning bagi menempuhi saingan Liga Malaysia dan Piala AFC musim depan.
Pasukan KDA FC punyai semangat juang begitu tinggi - Sanusi
Presiden KFA Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata beliau berbangga dengan persembahan dipamerkan anak buah ketua jurulatih KDA FC Aidil Sharin Sahak.
Pasukan KDA FC perlu fokus terhadap persiapan hadapi perlawanan Khamis ini
Jurulatih kelahiran Singapura itu yakin, dengan strategi dan persiapan mencukupi, tidak mustahil pasukannya dapat lakukan yang terbaik.