KUALA LUMPUR: Pemain kriket negara Syazrul Ezat Idrus mempamerkan aksi hebat dalam arena kriket antarabangsa dengan muncul sebagai pemain pertama di dunia mencapai tujuh wiket dalam format perlawanan Twenty20 International (T20I), pada Rabu.
Pemain berusia 32 tahun itu beraksi cemerlang untuk membantu Malaysia memperoleh kemenangan bergaya ke atas China dengan kelebihan lapan wiket dalam perlawanan pembukaan Kelayakan Rantau Asia B Piala Dunia Lelaki T20 2024, di Klang kira-kira 35 kilometer dari sini.
Menurut laman sesawang Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), walaupun 12 pemain sebelum ini mencapai enam wiket, tiada seorang pun berjaya memecahkannya dalam satu "inning" (giliran sesebuah pasukan membuat pukulan) sehingga Syazrul Ezat melakukan tujuh wiket untuk lapan larian.
Sebelum ini duo pasukan India Deepak Chahar dan Yuzvendra Chahal, pembaling putar Australia Ashton Agar dan Sri Lanka Ajantha Mendis merupakan antara pemain yang berjaya melakukan enam wiket.
Syazrul Ezat yang melakukan 47 wiket pada 23 perlawanan dalam kerjaya T201nya, kemudian diberikan penghormatan sebagai pemain terbaik perlawanan.
"Dia yang menggunakan balingan tangan kanannya membolosi barisan pemukul China di Bayuemas seorang diri, mengumpul tujuh wiket daripada tujuh balingan dengan pasukan pelawat tersingkir selepas hanya membuat 23 larian daripada 12 over," kata ICC.
Sementara itu, Pavandeep Singh melakukan dua wiket sementara S. Vijay Unni menyumbang satu wiket untuk Malaysia mengatasi China.
Pasukan Malaysia yang kemudiannya mula mengejar hanya memerlukan 24 larian untuk menang, bermula perlahan selepas ketinggalan dua wiket dengan hanya tiga larian.
Bagaimanapun, Virandeep Singh berjaya bertindak balas pantas dengan 19 larian, dengan satu pukulan "six" dan dua "four" untuk menamatkan permainan dengan 4.5 over.
Tuan rumah Malaysia akan bertemu Bhutan hari ini, diikuti perlawanan menentang Myanmar (Ahad) dan Thailand (Selasa) dengan hanya juara akan mara ke Final Rantau Asia di Nepal pada November.
Dua pasukan teratas di Nepal akan mendapat tiket ke Piala Dunia T20 yang akan berlangsung di Amerika Syarikat dan Hindia Barat tahun depan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 26 2023
Syazrul Ezat muncul pemain pertama di dunia mencapai tujuh wiket dalam format perlawanan T20I dalam perlawanan pembukaan Kelayakan Rantau Asia B Piala Dunia Lelaki T20 2024 di Klang pada Rabu. - Facebook International Cricket Council
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Virandeep lakar sejarah pemain pertama Malaysia cipta 1,000 larian pada T201
Membantu Malaysia menewaskan Maldives dengan 94 larian dalam Siri T20I Quadrangular Malaysia 2022 di Oval UKM, Bangi.