awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemain ragbi negara era 80-an meninggal dunia

Bernama
Bernama
30/10/2021
20:56 MYT
Pemain ragbi negara era 80-an meninggal dunia
Allahyarham Mohd Rafee pernah menyarung jersi kebangsaan sekitar akhir tahun 1980-an selain mewakili pasukan Kuala Lumpur, Selangor dan Kelab Anchorman ketika bergiat aktif dalam sukan ragbi suatu masa dahulu.
KUALA LUMPUR: Arena sukan ragbi negara menerima perkhabaran duka apabila bekas pemain kebangsaan Mohd Rafee Md Aris meninggal dunia pada Sabtu.
Difahamkan, Allahyarham Mohd Rafee, 58, yang juga pemangku Presiden Yayasan Anti Rasuah Malaysia (YRAM) didapati tidak sedarkan diri ketika sedang bermesyuarat di Putrajaya sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan disahkan meninggal dunia oleh doktor setibanya di hospital.
“Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” menurut kenyataan ringkas Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) pada Sabtu.
Menurut KRM, Mohd Rafee pernah menyarung jersi kebangsaan sekitar akhir tahun 1980-an selain mewakili pasukan Kuala Lumpur, Selangor dan Kelab Anchorman ketika bergiat aktif dalam sukan ragbi suatu masa dahulu.
Topic Berkaitan
#Mohd Rafee Md Aris
#bekas pemain ragbi kebangsaan
#meninggal dunia
#Kesatuan Ragbi Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan