KUALA LUMPUR: Tinjauan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mendapati pemain bola sepak di Malaysia kekurangan perlawanan kompetitif di peringkat domestik, kata Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Mohd Saifuddin Abu Bakar.
Bagi mengatasi perkara itu, Mohd Saifuddin berkata, FIFA mengesyorkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) melibatkan Liga Super dan Liga Premier dipanjangkan bagi menyediakan jumlah perlawanan yang ideal kepada pemain.
Katanya, badan induk bola sepak dunia itu mencadangkan supaya saingan liga dijalankan secara tiga pusingan dengan setiap pasukan akan bertemu antara satu sama lain sebanyak tiga kali berbanding dua perlawanan yang perlu dilalui dalam format pertandingan ketika ini.
"Format sedia ada dikekalkan cuma pasukan akan main sekali lagi satu pusingan, sebagai contoh Kelantan dah bermain dua perlawanan dengan Selangor, akhir sekali mereka akan bertemu semula dan kita akan tentukan siapa menjadi tuan rumah perlawanan itu.
"Tetapi kita perlu tengok juga sama ada cadangan itu boleh dibuat dalam kita punya kalendar (kalendar bola sepak) sebab kalendar kita ini lain sikit dari negara lain. Kita juga kena beri ruang kepada pasukan negara untuk buat persiapan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Mohd Saifuddin berkata, hasil tinjauan dilakukan FIFA terhadap ekosistem bola sepak Malaysia itu dikongsikan bersama FAM dalam mesyuarat secara maya antara kedua-dua entiti itu yang berlangsung dua minggu lepas.
Katanya, mesyuarat itu turut dihadiri barisan ketua unit di bawah Jabatan Teknikal dan Pembangunan FAM antaranya Ketua Unit Belia FAM, Mohamed Razip Ismail dan Ketua Unit Pendidikan Kejurulatihan Lim Kim Chon.
"Jadi mereka akan buat analisis dan akan dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan FAM. Semua cadangan yang diterima kita akan tengok sama ada ia boleh dilaksanakan. Tidak semestinya semua itu kita perlu laksanakan, kita kena tengok juga situasi kita," katanya.
Sebanyak 12 pasukan bertanding masing-masing dalam Liga Super dan Liga Premier ketika ini.
Ia menyaksikan setiap pasukan menempuh sebanyak 22 perlawanan semusim, namun mereka berpeluang bermain lebih daripada jumlah itu sekiranya layak beraksi pada saingan Piala Malaysia.
Mengambil contoh beberapa liga terbaik di dunia, setiap pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), LaLiga (Sepanyol) dan Serie A (Itali) masing-masing menempuh 38 perlawanan semusim manakala bagi kancah Bundesliga (Jerman) setiap pasukan beraksi sebanyak 36 perlawanan.
Sementara di peringkat Asia Tenggara, saingan liga di Indonesia menampilkan 34 perlawanan keseluruhan sementara liga di Thailand dan Vietnam masing-masing 30 dan 26 perlawanan.
Sementara itu, Mohd Saifuddin berkata dalam mesyuarat tersebut FIFA turut mengiktiraf Peta Hala Tuju FAM 2019-2030 (F:30) sekali gus menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa F:30 adalah sebuah pelan yang gagal.
Bagaimanapun, beliau mengakui F:30 yang menjadi panduan dalam mengangkat semula martabat bola sepak tanah air masih boleh ditambah baik untuk membolehkan sasaran diletakkan mampu dicapai.
"F:30 ini memang kita rancang dari tahun 2019 dan seperti yang semua maklum bahawa kemajuannya sangat perlahan disebabkan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan COVID-19, namun kita sedang berusaha untuk kembali kepada sasaran kita pada 2022 ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Jan 04 2022

Mohd Saifuddin berkata, FIFA mengesyorkan saingan Liga Malaysia (Liga-M) melibatkan Liga Super dan Liga Premier dipanjangkan bagi menyediakan jumlah perlawanan yang ideal kepada pemain. - Gambar BERNAMA

Malaysia, Kemboja perkukuh kerjasama kehakiman dua hala
Tengku Maimun yang juga Presiden ALA, mengetuai delegasi Malaysia ke Kemboja dari 24 hingga 26 April.

ESKU 2025 lebih inklusif, tekan nilai kebolehpasaran siswazah graduan UiTM
Penganjuran Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) 2025 kali ini bersifat inklusif dan menekankan nilai tambah kebolehpasaran siswazah selepas mereka menamatkan pengajian kelak.

39 KRT Sarawak dipilih KRT progresif - Aaron
Setiap KRT Progresif boleh memohon peruntukan tidak lebih RM100,000 setahun bagi menceburi program meliputi lapan bidang yang digariskan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

RISDA perkenal RisSMart Grocer himpun produk usahawan
RisSMart Grocer ialah pasar raya berkonsepkan pusat sehenti yang menghimpunkan produk usahawan dalam suasana pasar moden.

PRK Ayer Kuning: PM ucap tahniah kemenangan calon BN
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional, Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Ayer Kuning.
UMDAP Semakin Tidak Relevan, Pengundi Tunjuk Penolakan
Kelompok-kelompok yang cuba mempopularkan jenama UMDAP dilihat semakin kehilangan sokongan apabila pengundi menolak calon-calon baharu yang dikaitkan dengan naratif itu.
[TERKINI] JDT tewaskan Sri Pahang FC 2-1
Johor Darul Ta'zim (JDT) berjaya mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selepas menewaskan Sri Pahang FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Kejayaan ini menyaksikan JDT mencipta rekod luar biasa dengan merangkul gelaran hatrik quadruple, memenangi empat kejuaraan utama dalam tiga musim berturut-turut.
Misteri Bau Busuk Bongkar pembunuhan ibu saudara, anak saudara di Semenyih
Misteri bau busuk yang mencurigakan membawa kepada penemuan mayat seorang wanita berusia 53 tahun dan anak saudaranya di sebuah rumah di Semenyih malam Jumaat.
Majoriti besar bukti pengundi tolak politik fitnah
Majoriti lebih besar yang diperolehi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Ayer Kuning memberi gambaran sebenar penduduk Ayer Kuning menolak politik fitnah dan adu domba.
PM ucap tahniah atas kemenangan BN dalam PRK Ayer Kuning
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ucap tahniah atas kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning pada Sabtu.

'Selamat kembali Faisal Halim...' - FIFA World Cup
Faisal ditampilkan oleh pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski, pada separuh masa kedua ketika skuad negara menewaskan Nepal pada Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

FIFA umum hadiah wang tunai lumayan untuk Piala Dunia Kelab
Edisi sulung Piala Dunia Kelab FIFA yang menampilkan 32 pasukan akan berlangsung di Amerika Syarikat dari Jun hingga Julai 2025.

FIFA umum hadiah terbesar dalam sejarah Piala Dunia Kelab
US$1 bilion diperuntukkan kepada pasukan bertanding, tambahan US$100 juta sebagai bayaran solidariti kepada kelab yang tidak layak.

Kelab bola sepak belanja RM37.7 bilion untuk pemindahan antarabangsa pada 2024 - Kajian FIFA
Jumlah ini merupakan perbelanjaan kedua tertinggi selepas rekod tahun 2023, apabila kelab membelanjakan AS$9.63 bilion (RM42.2 bilion).

Sarawak siap sedia jadi tuan rumah Piala Kriket Wanita T20 bawah 19
Sarawak bersedia menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket T20 Wanita Bawah 19 Tahun ICC yang berlangsung dari 18 hingga 28 Jan.

Projek FAM: Presiden FIFA taruh kepercayaan, yakin TMJ kemudi bola sepak negara
Tunku Ismail telah mengadakan pertemuan bersama Infantino bagi membincangkan mengenai penstrukturan tersebut.

FIFA luahkan 'kekesalan' berhubung kontroversi peta Crimea semasa undian
Ukraine melahirkan kemarahan apabila Kementerian Luarnya menuntut permohonan maaf secara terbuka.

FIFA lakukan kejutan akan umum pemenang anugerah terbaik pada Selasa
FIFA pada Isnin menyatakan bahawa pemenang akan diumumkan dalam satu acara khas di Doha, yang akan disiarkan secara langsung.

Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.

Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.