Pemilihan sebagai pembawa bendera Jalur Gemilang pada Sukan SEA ke-30 di Filipina penghujung bulan ini, jelas membakar semangat pemain boling elit negara Muhammad Rafiq Ismail, untuk melakar keputusan positif pada temasya sukan dwitahunan berkenaan.
Juara perseorangan lelaki Kejohanan Dunia 2018 itu mendedahkan, beliau berasa gembira dan teruja dipilih membawa bendera Jalur Gemilang dalam kalangan 773 orang atlet, yang menyertai Sukan SEA pada kali ini.
"Saya berbangga membawa bendera Malaysia ke Sukan SEA dan menjadikan ia sebagai satu motivasi untuk saya lebih fokus, untuk persembahan saya di Manila nanti," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bendera sempena Perhimpunan Akhir Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA 2019 di Hotel Tenera, di sini, hari ini.
Majlis disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, turut dihadiri Timbalannya, Steven Sim Chee Keong.
Dalam pada itu, Muhammad Rafiq menyasarkan untuk meraih sekurang-kurangnya satu emas, daripada empat acara yang disertainya di Manila nanti.
Anak jati Kuala Lumpur itu akan mengambil bahagian dalam acara perseorangan, beregu, beregu campuran serta acara berpasukan.
"Saya menyasarkan emas dalam acara berpasukan, tapi kalau dapat (emas) dalam acara lain, itu merupakan satu bonus bagi saya. Saya tidak mahu meletakkan tekanan kepada diri sendiri, kerana saya mahu kekal fokus pada saingan kali ini," jelasnya, sambil memaklumkan kehadiran pemain wanita veteran, Shalin Zulkifli membakar semangat dirinya, untuk membantu skuad negara meraih keputusan positif pada Sukan SEA nanti.
Muhammad Rafiq memaklumkan skuad tenpin boling negara kini giat menjalani latihan di Pusat Boling, di Endah Parade memandangkan lorong permainan dan "oiling pattern" di venue berkenaan adalah hampir sama, dengan Pusat Boling Starmall EDSA Shaw di Manila, yang akan menjadi venue pertandingan Sukan SEA dari 3-8 Dis ini.
Beliau menambah skuad tenping boling negara akan berlepas ke Manila 29 Nov ini bagi menyesuaikan diri dengan venue pertandingan, sebelum menghadapi saingan sebenar yang bakal membuka tirai pada 3 Dis nanti.
Sebagai rekod, Muhammad Rafiq meraih tiga emas dan satu perak pada edisi 2015 di Singapura dan dua emas dan satu perak pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 21 2019
Ketua Kontinjen negara ke Sukan SEA Manila 2019, Datuk Megat Zulkarnain Omardin bersama pembawa bendera, Rafiq Ismail, pada majlis penyerahan Jalur Gemilang Kontinjen Sukan SEA 2019 ke Manila, pada Khamis. - Bernama
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
87,000 penduduk akan dipindahkan susulan letusan gunung berapi di Filipina
Penduduk yang tinggal dalam radius enam kilometer dari puncak Gunung Berapi Kanlaon itu disarankan supaya berpindah segera.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kes HIV di Filipina dijangka cecah 215,400 menjelang hujung tahun
Jabatan Kesihatan Filipina (DOH) memaklumkan bahawa jumlah kes HIV di negara itu dijangka mencecah 215,400 sebelum penghujung 2024.
Ribuan orang hilang tempat tinggal akibat kebakaran besar di Manila
Ribuan orang hilang tempat tinggal selepas kebakaran besar melanda sebuah kawasan miskin di ibu negara Filipina pada Ahad.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Taufan Filipina: Lebih 20 juta penduduk terkesan, jambatan runtuh sukarkan misi Mercy
Lebih 20 juta penduduk di Filipina terkesan akibat enam siri taufan yang berlaku di Filipina dalam tempoh sebulan.
Sekurang-kurangnya 8 maut selepas Taufan Man-yi landa Filipina
Taufan Man-yi meragut sekurang-kurangnya lapan nyawa dan mencederakan tiga yang lain selepas ia melanda Filipina hujung minggu lepas.
Lebih 295,000 keluarga di Filipina terjejas akibat tiga taufan kuat
Tiga taufan tropika yang melanda Filipina beberapa minggu berturut-turut menjejaskan sejumlah 295,576 keluarga.