awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemenang gangsa Paralimpik Rio masih dibelenggu kecederaan lutut

Astro Arena
Astro Arena
25/01/2017
06:03 MYT
Pemenang gangsa Paralimpik Rio masih dibelenggu kecederaan lutut
Kejayaan meraih pingat gangsa di Sukan Paralimpik bukan tiket mudah buat Radiah. - Foto Bernama
PEMENANG pingat gangsa Paralimpik Rio 2016, Siti Noor Radiah Ismail, terpinggir daripada menyertai kejohanan luar negara selepas kecederaan lutut yang dialaminya ketika lompatan di Rio, Brazil, tahun lalu belum pulih sepenuhnya.
Kejayaan meraih pingat gangsa di Sukan Paralimpik bukan tiket mudah buat Radiah, malah dia gagal berada di tahap terbaiknya selepas kembali dari Rio.
Kecederaan lutut yang masih dirasainya itu membuatkan dia dipinggirkan daripada menyertai mana-mana program luar negara yang akan bermula Mac depan.
Ekoran namanya tercicir daripada program yang telah ditetapkan, Radhiah bakal terlepas aksi di Kejohanan Olahraga Dunia (IPC) di London, Julai depan.
"Selagi doktor tak bagi lampu hijau, selama itu dia akan menjalani proses pemulihan.
"Dia masih muda, jadi kami mahu menjaganya demi kariernya untuk jangka masa panjang.
"Dia perlu betul-betul sembuh baru dibenarkan menyertai sebarang kejohanan.
"Dia hampir pasti akan mengambil bahagian dalam Kejohanan Paralimpik Asia 2018, tapi untuk Kejohanan Olahraga Dunia, ia bergantung kepada tahap kecederaan lututnya," ujar ketua jurulatih olahraga Paralimpik negara, R. Jeganathan.
Tiga pemenang emas Paralimpik negara, Ziyad Zolkifli, Ridzuan Puzi dan Abdul Latif Romli akan beraksi dalam kejohanan pertama mereka di Grand Prix Para Dunia di Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mac nanti termasuk seorang lagi atlet pecut Para, Nasharuddin Mohamad.
Kejohanan seterusnya akan berlangsung pada Mei, iaitu di Terbuka China dan Terbuka Itali.
"Nash merupakan jaguh Asia dan Sukan SEA. Namun, dia selalu takut dengan pendedahan di Eropah.
"Contohnya semasa di Doha yang lalu, dia jadi takut nak lari."
Topic Berkaitan
#atlet negara
#kecederaan lutut
#Paralimpik
#Siti Noor Radiah Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan