awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kajian Harvard dapati AI tingkatkan produktiviti, tetapi hanya untuk seketika
Kanak-kanak perempuan enam tahun rentung kebakaran rumah di Tambunan
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peminat beruntung dapat saksikan Mbappe, kata Kaka

Astro Arena
Astro Arena
15/07/2018
13:04 MYT
Peminat beruntung dapat saksikan Mbappe, kata Kaka
Mbappe baru berusia 19 tahun tetapi kadangkala tampak seperti seorang pemain berumur 35 tahun kerana kematangannya. - AP
BEKAS bintang Brazil, Kaka, memuji kematangan yang dipamerkan Kylian Mbappe dan berpendapat peminat-peminat pada hari ini beruntung dapat menyaksikan permainan daripada pemain muda Perancis itu di Piala Dunia.
Mbappe, 19, membuatkan banyak pihak kagum dengan persembahan memukau di sepanjang saingan di Rusia, mencatatkan tiga gol dalam enam perlawanan untuk membawa pasukannya melangkah ke final berdepan Croatia.
Kaka yang telah melakukan 92 penampilan bersama skuad kebangsaan Brazil ketika bergelar pemain ternyata gembira dan memuji aksi penggempur Paris Saint-Germain itu.
"Saya rasa perkara terbaik yang boleh diperkatakan tentangnya adalan kelajuan yang dimiliki ketika melakukan larian," kata Kaka.
"Sudah tentu dia bukan sekadar berlari tetapi memiliki kawalan yang baik ketika melakukan larian.
"Dia baru berusia 19 tahun tetapi kadangkala tampak seperti seorang pemain berumur 35 tahun kerana kematangan, kawalan dalam permainaan serta pilihan yang dilakukan.
"Saya rasa dia merupakan seorang pemain yang benar-benar memiliki masa depan yang cerah dan untuk melihat seorang bintang berusia 19 tahun beraksi sepertinya di Piala Dunia, kita harus bersyukur."
Mbappe akan membawa cabaran Perancis untuk menjulang trofi Piala Dunia yang kedua apabila berdepan Croatia di Moscow, malam ini.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#kaka
#Kylian Mbappe
#Perancis
#Piala Dunia
#World Cup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan