awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KRW FC perlu kekal momentum menang untuk tarik semula penyokong
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pencak silat: Peraturan baharu, tumbukan Superman dibenar, beri kelebihan kepada Asia Tengah

Bernama
Bernama
20/11/2021
08:49 MYT
Pencak silat: Peraturan baharu, tumbukan Superman dibenar, beri kelebihan kepada Asia Tengah
Perkembangan terkini menunjukkan negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Azerbaijan sudah mula menunjukkan taring dalam acara tempur itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Peraturan baharu dalam arena pencak silat dunia bakal memecah dominasi Asia Tenggara iaitu Malaysia, Indonesia dan Vietnam selain memberi kelebihan kepada negara Asia Tengah.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata perkembangan terkini menunjukkan negara seperti Kazakhstan, Uzbekistan dan Azerbaijan sudah mula menunjukkan taring dalam acara tempur itu.
"Adalah cukup menarik perhatian kita kerana kita tengok mereka selesa peraturan baharu dan mereka suka. Kita kena faham, negara-negara ini fizikal kuat, jadi mereka mula berkembang dan mereka semua ini memang pejuang," katanya kepada program Sukan Plus Bernama TV.
Selain itu, Megat Zulkarnain berkata atlet dari Asia Tengah dilihat mula menguasai peraturan baharu berikutan negara-negara berkenaan telah membuka sektor sukan mereka pada pasacapandemik COVID-19 berbanding di rantau ini yang masih suram.
Katanya, negara di Asia Tengah juga, hampir setiap bulan menganjurkan kejohanan terbuka yang disertai negara serantau.
Antara peraturan baharu yang digunakan seperti membenarkan membuat tumbukan Superman, tarik dan pukul, pukul di bahagian belakang vest, pukulan tangan belakang, lompat dan menyiku ke vest, membuat kuncian, sekali gus menjadikan sukan silat lebih menarik ala mempertahankan diri campuran (MMA).
Sementara itu, Megat berkata biarpun berbangga dengan penerimaan pencak silat di seluruh pelosok dunia namun beliau mengingatkan pesilat negara untuk bersedia dengan impak luar biasa yang bakal diterima dalam kejohanan pertama mereka tahun depan.
Kalendar silat dunia akan bermula dengan Terbuka Begium bertaraf empat bintang pada Mac 2021, diikuti Sukan SEA (Mei) dan Kejohanan Silat Dunia (Julai).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pencak silat
#tumbukan superman
#peraturan baharu
#Asia Tengah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan