Pasangan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tewas kepada Lu Kai-Huang Yaqiong dari China dengan 21 -18, 19 - 21 dan 'rubber set' 16-21 dalam aksi sengit kira-kira 90 minit pada final Siri Super Premier All England, sebentar tadi.

Pada perlawanan separuh akhir, Peng Soon-Liu Ying mengenepikan pencabar mereka Yuta Watanabe-Arisa Higashino dari Jepun dengan 21-17 dan 21-15.

Lu Kai-Huang Yaqiong pula sebelum ini mengalahkan pasangan tuan rumah, Chris Adcock-Gabrielle Adcock dengan 19-21, 21-12, 22-20.

Pada Sukan Olimpik 2016, Chan Peng Soon - Liu Ying meraih pingat perak selepas tewas kepada beregu nombor tiga dunia dari Indonesia, Tontowi Ahmad-Liliyana Natsir.