KUALA LUMPUR:Pasangan beregu campuran persendirian negara Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan pasangan beregu lelaki negara Goh V Shem-Tan Wee Kiong meneruskan kecemerlangan mereka di Terbuka Thailand, selepas melangkah ke suku akhir, di Bangkok hari ini.
Mereka merupakan antara enam wakil kem badminton Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir kejohanan tersebut.
Peng Soon-Liu Ying, pasangan nombor tujuh dunia dan pilihan ke lima kejohanan mengambil masa 40 minit (m) untuk mengalahkan pasangan Robin Tabeling-Salena Piek dari Belanda 21-18, 21-13, pada pusingan kedua di Impac Arena, Bangkok, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF); www.bwfbadminton.com.
Pasangan yang memenangi pingat perak pada Sukan Olimpik Rio 2016 akan berhadapan dengan pasangan pilihan yang juga merupakan pasangan nombor tiga dunia Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai, selepas pasangan dari Thailand itu mengalahkan satu lagi pasangan negara Goh Sooh Huat-Shevon Jemie Lai, 20-22, 21-18, 21-12.
V Shem-Wee Kiong melangkah ke suku akhir selepas mengalah pasangan England Ben Lane-Sean Vendy 21-11, 21-19 dalam masa 39 minit dan akan bertemu rakan senegara Goh Sze Fei-Nur Izzudin yang mengalahkan Mathias Chirstiansen-Niclass Nohr dari Denmark, 21-19, 21-10.
Mengikuti langkah kemenangan mereka, satu lagi pasangan persendirian negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi selepas mengalahkan Chew Brothers Phillip-Ryan dari Amerika Syarikat, 21-12, 21-7 dalam masa 22m dan akan bertemu pemain pilihan keenam Lee Yang-Wang Chi Lin dari Taiwan.
Sementara itu pemain perseorangan nombor satu negara Lee Zii Jia diberikan kemenangan percuma ke suku akhir selepas Persatuan Badminton India (BAI), mengesahkan pemain mereka Kidambi Srikanth mengalami kekejangan otot.
Zii Jia pemain nombor 10 dunia akan bertemu pemenang kepada perlawanan pusingan kedua, antara Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia dan pemain nombor dua dunia Chou Tien Chen dari Taiwan.
Pasangan beregu wanita negara Pearly Tan-Thinaah Muralitharan melengkapkan kejayaan negara dengan kemenangan, 22-20, 21-14 ke atas pasangan Alexandra Boje-Mette Poulsen dari Denmark dan akan bertemu pasangan pilihan kelima Greysia Polii-Apriyani Rahayu dari Indonesia.
Sementara itu pemain persendirian perseorangan negara Liew Daren, tewas kepada Lee Cheuk Yiu dari Hongkong, 14-21, 17-21 selepas melakukan kejutan terhadap pemain nombor tiga dunia Anders Antonsen dari Denmark, pada perlawanan pusingan pertama semalam.
Keputusan lain pusingan kedua
---------------------------------------------
(Nota: pemain Malaysia kecuali dinyatakan dan [ ] menunjukkan kedudukan pilihan)
Beregu Campuran:
Thom Gicquel-Delphine Delrue (FRA) kln Tan Kian Meng-Lai Pei Jing 21-16, 21-15
Beregu Wanita:
[6] Chang Ye Na-Kim Hye Rin (KOR) kln Chow Mei Kuan-Lee Meng 20-22, 21-19, 11-21
[3] Lee So Hee-Shin Seung Chan (KOR) kln Vivian Hoo-Yap Cheng Wen 21-14, 21-14
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 14 2021

Mereka merupakan antara enam wakil kem badminton Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir kejohanan tersebut. - Bernama

Piala FA: Arsenal tersingkir angkara gol sendiri
Kemenangan tuan rumah di St Mary's itu dilakar tatkala The Gunners kehilangan khidmat Pierre-Emerick Aubameyang.

Politik | Memahami dakwaan Anwar Ibrahim majoriti ahli Parlimen tolak gantung Parlimen
Jelas Datuk Seri Anwar, beliau hanya mampu menyampaikan dan akan mempersembah kepada Yang Di-Pertuan Agong namun perlu tunggu ihsan dan budi bicara baginda. Kita ingin membincangkan mengenai perkara ini bersama dengan Pakar Perlembagaan, Datuk Dr. Wan Ahmad Fauzi Wan Hussain.

Vaksin | Bagaimana vaksin berfungsi, memahami kes di Indonesia
Media Indonesia melaporkan semalam 25 rakyatnya penerima vaksin Sinovac masih dijangkiti COVID-19. Negara kita juga ada membeli vaksin Sinovac untuk diedarkan kepada rakyat Malaysia. Jadi kita ingin memahami mengapa terdapat kes telah divaksin menggunakan vaksin Sinovac, tetapi masih dijangkiti. Untuk itu kita bersama dengan Dekan Eksekutif di Fakulti Sains Kesihatan dan Perubatan, Universiti Taylor, Profesor Emeritus Dr. P.T Thomas.

AWANI Ringkas: MKN lulus perarakan pedati Thaipusam bersyarat | Proses sanitasi di dua sekolah ditutup
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (9:00AM).

Thaipusam | Perarakan Pedati ke Batu Caves dibenarkan dengan syarat - Annuar
Perarakan Pedati yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam kali ini diluluskan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Perkara itu diumumkan Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa menerusi perkongsian di Twitternya.

COVID-19: AHF tangguh dua kejohanan utama Asia
Badan sukan hoki Asia itu memutuskan untuk menangguhkan kedua-dua kejohanan terbabit sehingga separuh kedua tahun ini demi kepentingan keselamatan dan kesejahteraan semua peserta.

Aaron - Wooi Yik mara ke final Terbuka Thailand
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat ke perlawanan akhir Terbuka Thailand.

UMNO sedang diterajui Ahmad Zahid yang lemah - Penganalisis
Tegasnya, ia sebenarnya signal daripada pemimpin berkenaan agar parti itu tidak terkena sakit jantung seperti yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

MOM yakin Sukan Olimpik berlangsung ikut jadual
Penganjur berusaha memastikan temasya selamat dan terjamin bukan sahaja kepada atlet dan pegawai tetapi juga masyarakat setempat.

Rupa-rupanya Gunung Jerai sumber batu permata asli
Gunung Jerai menyimpan batu-batu permata yang kini sedang giat diterokai oleh penduduk tempatan.

Aaron - Wooi Yik mara ke final Terbuka Thailand
Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik menempah tempat ke perlawanan akhir Terbuka Thailand.

Pang Ron - Yee See cipta kejutan di Terbuka Thailand
Pang Ron-Yee See akan bertemu pasangan nombor enam dunia Seo Seung Jae-Chae Yujung dari Korea Selatan dalam perlawanan separuh akhir hari ini.

Badminton Terbuka Thailand: Satu mata pisahkan Peng Soon-Liu Ying ke separuh akhir
Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri biarpun tiga kali berpeluang menamatkan perjuangan lawan dari India itu.

Terbuka Thailand: V Shem-Wee Kiong mara ke suku akhir
Dua pemain profesional itu akan berdepan satu lagi pasangan negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pada saingan suku akhir hari ini.

Terbuka Thailand: Aaron-Wooi Yik tewaskan juara remaja dunia Indonesia
Aaron dan Wooi Yik menepati ramalan apabila memperoleh kemenangan mudah 21-12 dalam set pertama.

Thinaah, Tan curi tumpuan di Terbuka Thailand
Pasangan beregu wanita negara M. Thinaah dan Pearly Tan Koong Le, menewaskan pasangan nombor sembilan dunia Chang Ye Na dan Kim Hye Rin pada pusingan pertama kejohanan Toyota Terbuka Thailand.

V Shem-Wee Kiong tewas di final Terbuka Thailand
Pemain badminton profesional Malaysia Goh V Shem-Tan Wee Kiong mempamerkan aksi yang memberangsangkan sebelum tumpas kepada beregu Lee Yang-Wang Chi-Lin dari Taiwan.

V Shem-Wee Kiong wakil tunggal Malaysia di Terbuka Thailand
Beregu lelaki profesional negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong muncul sebagai penyelamat selepas wakil negara yang lain tersingkir pada Kejohanan Badminton Yonex Terbuka Thailand.

Terbuka Thailand: Enam wakil Malaysia melangkah ke suku akhir
Mereka merupakan antara enam wakil kem badminton Malaysia yang berjaya memasuki peringkat suku akhir kejohanan tersebut.

Malaysia pamer aksi cemerlang pada pembukaan Terbuka Thailand Yonex
Empat daripada enam wakil negara mara ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Thailand Yonex di Bangkok.