awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
Gangguan seksual: Lesen PSV pemandu e-hailing dibatal serta-merta - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liu Ying kekal komited buru slot ke Olimpik Tokyo

Bernama
Bernama
09/12/2020
20:53 MYT
Liu Ying kekal komited buru slot ke Olimpik Tokyo
Goh Liu Ying (kanan) dan Chan Peng Soon ketika menentang regu dari China pada perlawanan separuh akhir Kejohanan Perodua Badminton Masters Malaysia 2020 di Axiata Arena Kuala Lumpur Sports City, Bukit Jalil, 11 Jan, 2020. --fotoBERNAMA/Fail
KUALA LUMPUR:Pemain badminton profesional beregu campuran negara Goh Liu Ying menyedari beliau perlu merombak kaedah latihan berikutan pandemik COVID-19 dalam memburu slot ke Sukan Olimpik Tokyo, yang ditunda ke tahun hadapan.
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 berkata beliau merasa gembira selepas Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sedia membantu dia dan rakan seberegu, Chan Peng Soon untuk memburu slot ke Olimpik dengan menyediakan bantuan latihan di Akademi Badminton Malaysia di Bukit Kiara, biarpun kedua-dua mereka tidak lagi dalam skuad kebangsaan.
"Olimpik Tokyo yang dinanti-nanti perlu ditunda untuk selama setahun, bahkan tiada peluang untuk ke luar negara. Semua rancangan awal saya perlu diubah buat sementara waktu, latihan harian dan penajaan juga terkesan, " katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan penaja beliau, Li Ning semalam.
Liu Ying turut berterima kasih kepada Li Ning di atas sokongan mereka yang berterusan biarpun beliau dan Peng Soon tidak dapat menyertai pertandingan antarabangsa kerana pandemik COVID-19.
Terdahulu, beliau menyertai Sesi Bersenam Maya Secara Langsung dengan 200 peserta yang merupakan kerjasama antara Li Ning dengan Sunway Pals, satu program kesetiaan ditawarkan Kumpulan Sunway kepada pelanggannya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#BAM
#badminton
#Olimpik
#Tokyo
#sukan
#COVID-19
#pandemik
#Goh Liu Ying
#kaedah latihan
#Chan Peng Soon
#Li Ning
#Olimpik Tokyo
#tunda
#bantuan
#latihan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan