awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
Kapal tangki bawa diesel tanpa dokumen sah ditahan di Selat Melaka
Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengadil melutut kemaluan pemain digantung 12 perlawanan

Astro Arena
Astro Arena
05/04/2023
03:18 MYT
Pengadil melutut kemaluan pemain digantung 12 perlawanan
Pengadil Mexico, Fernando Hernandez akan menjalani penggantungan 12 perlawanan selepas melutut seorang pemain di bahagian kemaluan semasa perlawanan Liga MX antara Amerika dan Leon.
PENGADIL Mexico, Fernando Hernandez akan menjalani penggantungan 12 perlawanan selepas melutut seorang pemain di bahagian kemaluan semasa perlawanan Liga MX antara Amerika dan Leon.
Hernandez melutut pemain tengah Leon, Lucas Romero, ketika dia dan rakan sepasukannya mengelilingi pegawai perlawanan itu semasa keputusan seri 2-2 Ahad lalu, menuntut semakan VAR mengenai gol penyamaan Amerika.
Hubungan buruk itu menyaksikan kedua-dua jurulatih dibuang padang berikutan pergelutan yang menyebabkan baju pengendali Leon, Nicolas Larcamon koyak manakala satu aksi 10 minit separuh kedua menampilkan enam kad kuning.
Mana-mana pengadil yang ingin meniru kaedah Hernandez untuk menangani pemain yang tidak bersetuju mungkin perlu berfikir dua kali, dengan jawatankuasa disiplin liga menghukum pegawai itu dengan penggantungan yang lama.
Selepas rakaman yang dikongsi secara meluas menunjukkan Hernandez melutut Romero sambil dilayangkan kad kuning, pemain Leon itu menyifatkan insiden itu sebagai 'salah faham'.
"Pengadil adalah manusia, banyak kali mereka boleh melakukan kesilapan dan kesilapan itu akhirnya membangkitkan apa yang berlaku, banyak salah faham," katanya kepada penyiar Mexico, TUDN.
Hernandez sejak itu meminta maaf kepada Romero dan berkata, dia 'tidak akan menyerangnya atau mana-mana pemain lain' berjanji untuk menerima hukuman yang dijatuhkan oleh jawatankuasa disiplin liga.
* Artikel asal disiarkan di Stadium Astro.
Topic Berkaitan
#pengadil Mexico
#Fernando Hernandez
#melutut kemaluan pemain
#Lucas Romero
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan