KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengambil maklum berkenaan dengan laporan media 10 buah negara yang berkemungkinan tidak dibenarkan menyertai temasya Olimpik Tokyo 2020 termasuk Malaysia.
Justeru itu, katanya, pihak Majlis Sukan Negara (MSN) telah diarah untuk berhubung dan berbincang dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) serta semua pihak berkaitan bagi mendapatkan pengesahan dan maklumat terperinci mengenai perkara tersebut.
Pihaknya dalam masa yang sama akan terus berhubung dengan pihak Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia di Jepun bagi mendapatkan sebarang perkembangan lanjut berkenaan dengan temasya sukan terbesar dunia itu.
"Perkara ini berkait dengan senarai 159 buah negara yang dihalang daripada memasuki Jepun seperti mana siaran pemakluman oleh Kementerian Luar Negeri Jepun.
"Siaran pemakluman tersebut juga turut menyentuh pengecualian yang boleh diberikan kepada beberapa kategori rakyat asing termasuklah “athletes and other persons concerned with Olympic and Paralympic Games Tokyo 2020," katanya menerusi satu kenyataan pada Selasa.
Dalam pada itu, Reezal Merican memberi jaminan momentum persiapan atlet negara dalam menghadapi sukan itu berada pada tahap yang baik termasuk persediaan latihan fizikal dan mental.
"Di samping persiapan terbaik untuk atlet, KBS akan sentiasa memastikan keselamatan dan kesihatan atlet, jurulatih serta pegawai yang terlibat sebagai keutamaan.
"Sebarang perkembangan terkini berkenaan perkara ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," tambahnya.
Sukan Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung pada 23 Julai sehingga 8 Aug 2021.
Nickyson Nyambar
Tue Jun 08 2021
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, pihak KBS akan terus berhubung dengan pihak Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Malaysia bagi mendapatkan sebarang perkembangan lanjut tentang perkara itu. - Gambar Fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Laluan getir menanti Zii Jia, Tze Yong cabar bekas juara dunia
Lee Zii Jia perlu berada dalam tahap terbaik bagi mengelak tersingkir awal di pusingan pertama acara perseorangan badminton pada temasya Sukan Asia Hangzhou 2022, bermula di sini, esok.
Azizulhasni buktikan stigma karier musnah selepas berkahwin salah
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang membuktikan mereka yang meramalkan kariernya akan hancur, mempunyai perut buncit dan lutut longgar apabila menamatkan zaman bujangnya.
Tokyo 2020: Keluarga tumpang bangga kejayaan Azizulhasni
Azizulhasni tentu sekali akan mendedikasikan pingat perak Olimpik Tokyo 2020 yang dimenanginya itu buat ayahnya yang berusia 72 tahun itu.
"Saya harap tiada yang kecewa dengan keputusan ini" - Azizulhasni Awang
Ketika berlumba, sayu hati Azizulhasni memikirkan ayahnya diserang angin ahmar ketika beliau berlepas ke Tokyo untuk memikul tanggungjawab buat negara.
Federer tarik diri daripada dua kejohanan, cedera lutut berulang
Roger Federer telah menarik diri daripada Kejohanan Tenis Terbuka Kanada dan Masters Cincinnati bagi menumpukan kepada pemulihan kecederaan lututnya.
'Dia tetap kebanggaan kami dan negara' - Bapa Pandelela
Walaupun terlepas peluang untuk membawa pulang pingat di temasya Olimpik Tokyo sebentar tadi, Pamg Joheng tetap berbangga dengan pencapaian anaknya, Pandelela Rinong.
Tokyo 2020: Detik mendebarkan buat kontinjen Malaysia pada hari ke-13 Olimpik Tokyo
Kontinjen Malaysia berdepan detik mendebarkan pada hari ke-13 temasya Sukan Olimpik Tokyo berlangsung hari ini, sebelum tiga wakil negara mara ke pusingan seterusnya yang akan berlangsung pada Khamis.
Tokyo 2020: Warholm pecah rekod dunia, raih emas 400m berpagar
Karsten Warholm melakar rekod dunia baru dalam acara 400 meter berpagar selepas wakil Norway itu merangkul pingat emas Sukan Olimpik Tokyo sebentar tadi.
Tokyo 2020: Dhabitah sedia beri inspirasi kepada ramai gadis sertai sukan terjun
Nur Dhabitah sedia mainn peranan sebagai duta kepada sukan akuatik bagi menggalakkan lebih ramai anak muda melibatkan diri dalam sukan terjun.
Tokyo 2020: Simone Biles akan kembali beraksi dalam final batang titian
Bintang gimnastik Amerika Syarikat Simone Biles akan kembali beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo apabila disenaraikan dalam barisan peserta acara final batang titian esok.