awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggunaan teknologi VAR akan diumum dalam masa terdekat - FAM

Bernama
Bernama
08/01/2023
20:20 MYT
Penggunaan teknologi VAR akan diumum dalam masa terdekat - FAM
Hamidin berkata perancangan bersama MFL bagi mengadaptasi teknologi tersebut sejak akhir tahun lepas kekal menjadi keutamaan badan induk bola sepak tersebut. - Foto fail
KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan membuat pengumuman rasmi berhubung pelaksanaan teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) dalam kancah sukan bola sepak negara dalam masa terdekat, kata presidennya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Beliau berkata perancangan bersama Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mengadaptasi teknologi tersebut sejak akhir tahun lepas kekal menjadi keutamaan badan induk bola sepak tersebut.
"Berkenaan teknologi itu, kita akan umumkan tahun ini. Namun ia bukanlah menyeluruh untuk diguna dan mungkin sebagai contoh bagi Piala FA dan Piala Malaysia namun pada perlawanan tertentu seperti peringkat separuh akhir dan akhir.
"Ia bagaimanapun tidak boleh dilaksanakan bagi saingan liga dengan mengambil kira kos yang tinggi. Apapun, FAM dan MFL akan kekal melaksanakannya," katanya.
Hamidin berkata demikian kepada pemberita selepas beliau diumum selaku pemenang Anugerah Ikon Sukan Kepimpinan pada majlis Anugerah Ikon Sukan Harian Metro (AIS) di Dewan Canselor Tun Abdul Razak, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, dekat sini, malam tadi.
Pada tahun lalu, FAM menyatakan kesediaannya memperkenalkan sistem VAR dalam Liga Malaysia 2023 dengan Piala FA dan Piala Malaysia dipilih sebagai medan percubaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#FAM
#teknologi VAR
#Hamidin Mohd Amin
#MFL
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan