awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan

Bernama
Bernama
26/03/2018
21:39 MYT
Pengurangan denda reda kebimbangan KAFA soal kewangan
Bibi Ramjani berkata pihaknya berterima kasih kepada MFL yang mengurangkan hukuman tersebut dan akan terus berusaha sebaik mungkin bagi memperkasa aspek pengurusan untuk mengelak kesilapan pada masa akan datang. - Gambar fail
Pengurangan hukuman denda kerana lewat dan gagal melengkapkan pendaftaran pasukan musim 2018, membantu mengurangkan tekanan kewangan dihadapi Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
Presiden KAFA Bibi Ramjani Ilias Khan berkata keputusan yang dibuat Malaysia Football League (MFL) itu penting untuk persatuan berkenaan melakukan perancangan sepanjang musim ini dalam keadaan kekangan kewangan.
"Ia sangat membantu kami kerana terlalu banyak dana diperlukan bagi membayar hutang sedi ada dan untuk menguruskan persatuan, bantuan-bantuan yang kita terima tidak banyak," katanya kepada Bernama pada Isnin.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam pada Isnin dilaporkan berkata jumlah denda itu dikurangkan selepas 10 pasukan terbabit terdiri daripada empat pasukan Liga Super dan enam pasukan Liga Premier membuat rayuan pengurangan hukuman dalam tempoh 14 hari, selepas pemakluman hukuman dibuat.
Bagi denda melibatkan pasukan Liga Super, hukuman dikurangkan daripada RM1.5 juta kepada RM500,000 sementara hukuman denda pasukan Liga Premier dikurangkan daripada RM500,000 kepada RM200,000.
Bibi Ramjani berkata pihaknya berterima kasih kepada MFL yang mengurangkan hukuman tersebut dan akan terus berusaha sebaik mungkin bagi memperkasa aspek pengurusan untuk mengelak kesilapan pada masa akan datang.
BACA: Hukuman denda bagi pasukan Liga M dikurangkan
Sementara itu, beliau berkata jasa dan pengorbanan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam pembangunan bola sepak negara ketika menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) seharusnya dihargai dan masih diperlukan.
"Walaupun tidak lama menjadi pemimpin FAM, Tunku Ismail banyak melakukan perubahan kepada pembangunan bola sepak tanah air sama ada dalam aspek pengurusan persatuan dan sebagainya.
"Secara peribadi, walaupun saya baru terlibat dengan pengurusan sukan ini, saya amat berterima kasih kepada Tunku Ismail berikutan memberikan sedikit sebanyak idea bagi memperkasa pengurusan KAFA," katanya.
Semalam, Tunku Ismail mengumumkan melepaskan jawatan sebagai Presiden FAM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bibi Ramjani Ilias Khan
#bola sepak
#denda
#Hukuman
#KAFA
#Kelantan
#kevin ramalingam
#MFL
#Persatuan Bola Sepak Kelantan
#tekanan kewangan
#Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan