PENJAGA gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi menamatkan teka-teki apabila sah menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim untuk saingan Liga Malaysia musim depan.
Perkara itu diumumkan JDT menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers pada Jumaat.
"This is the Home of Champions, Syihan. Selamat datang ke JDT!," tulis kenyataan di laman Facebook itu.
Syihan Hazmi mula dikenali selepas aksi hebatnya bersama pasukan Negeri Sembilan dalam saingan Liga Super 2022 apabila merekodkan tujuh perlawanan tanpa bolos dan hanya melepaskan 26 gol daripada 22 perlawanan.
Kecemerlangan Syihan Hazmi itu membolehkan dia mendapat tempat dalam kesebelasan Harimau Malaya membantu pasukan melayakkan diri secara merit ke Piala Asia 2024 dan muncul sebagai naib juara saingan King’s Cup 2022 di Thailand.
Malah, penjaga gol berusia 26 tahun itu juga meneruskan prestasi terbaiknya apabila merekodkan tiga keputusan tanpa bolos dalam saingan Piala AFF yang berakhir baru-baru ini. — Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Jan 13 2023

Perkara itu diumumkan JDT menerusi satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasmi, Johor Southern Tigers pada Jumaat. - Foto JOHOR Southern Tigers

Perak capai jualan RM2 juta sepanjang MATTA Fair
Sebanyak RM2 juta hasil jualan tiket produk pelancongan dan tempahan bilik hotel, telah diraih pada MATTA Fair yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Arab saudi tumpu sektor teknologi, industri beralih dari hasil minyak
Arab Saudi akan beri tumpuan kepada sektor teknologi dan industri sebagai pemacu utama ekonomi. Ia sebagai peralihan daripada kebergantungan kepada hasil minyak.

Isu monopoli: KPDN kenal pasti beberapa syarikat - Salahuddin
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengenal pasti beberapa syarikat di bawahnya yang terlibat berkaitan isu monopoli.

Demi kesihatan mental keluarga, Aaron Aziz enggan komen lagi
Enggan isu itu berlarutan sehingga mengganggu kesihatan mental isteri dan anak-anak, beliau memutuskan untuk tidak mahu lagi memberikan sebarang komen berhubung isu berkenaan.

Kerajaan sedia RM100 juta untuk Jualan Rahmah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyediakan peruntukan sebanyak RM100 juta untuk program untuk Jualan Rahmah.

Seorang maut, tujuh cedera nahas tiga kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai
Seorang maut manakala tujuh lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Jalan Bikam-Sungkai, dekat Tapah, hari ini.

Penemuan puluhan bangkai kucing: Polis cari suspek
Polis sedang mengesan individu yang dipercayai terlibat dalam kes penemuan puluhan bangkai dan rangka kucing di sebuah rumah sewa di Kondominium Bayu Tasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras.

Azeem Fahmi juarai acara 100m di Florida
Jaguh pecut negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi menjuarai acara 100 meter di Kejohanan Florida State Universiti Relays.

Pembantu pergigian maut, anak cedera dalam kemalangan kendiri
Mangsa sedang dalam perjalanan ke Mukah bersama anaknya ketika kejadian pada kira-kira 5 pagi itu.

Pembangunan IKN Nusantara, MyAirline kaji destinasi baharu
MyAirline Sdn Bhd sedang kaji dan teroka destinasi baharu syarikat penerbangan tambang murah itu dari Kuching ke Pontianak bagi sambut pembangunan ibu negara Nusantara di Kalimantan Timur.

Penjaga gol kebangsaan Syihan Hazmi sah sertai JDT
Ahmad Syihan Hazmi menamatkan teka-teki apabila sah menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta'zim untuk saingan Liga Malaysia musim depan.

Bekas penjaga gol kebangsaan era 70-an Abdul Hamid meninggal dunia
Allahyarham Abdul Hamid Ramli menghembus nafas terakhir pada usia 68 tahun akibat komplikasi jantung awal pagi ini.

Tunggakan LHDN: 'Salah saya sendiri' - Khairul Fahmi
Khairul Fahmi gagal terbang bersama rakan sepasukan ke Brisbane pada 11 Jun lalu dan terlepas perlawanan persahabatan bertemu Papua New Guinea.

Apek nafi disisihkan
Penjaga gol kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek menafikan dirinya disisih dan tidak diutamakan dalam perlawanan penting di peringkat antarabangsa.