awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan lapor kes kelapan Demam Babi Afrika
Pendingin hawa kereta tiba-tiba meletup, mekanik putus kaki
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyerang Real Madrid Jovic diuji positif COVID-19

Astro Arena
Astro Arena
21/11/2020
02:10 MYT
Penyerang Real Madrid Jovic diuji positif COVID-19
Luka Jovic ketika beraksi dalam perlawanan UNL antara Serbia dan Rusia di Stadium Rajko Mitic, Belgrade, Serbia, 18 Nov, 2020. (Foto AP)
PENYERANG Real Madrid, Luka Jovic, didapati positif dalam ujian saringan koronavirus selepas pulang daripada tugasan antarabangsa bersama Serbia.
Pemain berusia 22 tahun itu menjalani ujian itu ketika pulang ke Sepanyol semalam selepas menjaringkan dua gol buat negaranya sewaktu menewaskan Russia 5-0 dalam Liga Negara-Negara Eropah (UNL) Rabu lalu.
Jovic akan terlepas perlawanan LaLiga menentang Villarreal malam ini dan perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bertemu Inter Milan di San Siro, Rabu depan.
Pemain Madrid itu beraksi dalam ketiga-tiga perlawanan Serbia sepanjang waktu rehat antarabangsa bulan ini dan turut menjaringkan satu gol ketika pasukannya tewas penentuan sepakan penalti kepada Scotland dalam pusingan kelayakan Euro 2020.
Jovic bergelut sepanjang berada di Madrid dan ia berpanjangan sehingga musim ini, di mana dia gagal menjaringkan sebarang gol daripada lima penampilan dalam kesemua kejohanan.
Dalam LaLiga, dia hanya mencatatkan enam percubaan dengan hanya satu daripadanya merupakan percubaan tepat biarpun menerima dua peluang besar di depan gawang.
Madrid pula tewas 1-4 kepada Valencia sebelum waktu rehat antarabangsa dan berada di tangga keempat LaLiga dengan empat mata di belakang pendahulu, Real Sociedad, yang telah beraksi lebih satu perlawanan.
Topic Berkaitan
#Luka Jovic
#Serbia
#UNL
#COVID-19
#sepanyol
#Liga Negara-Negara Eropah
#UCL
#Liga Juara-Juara Eropah
#San Siro
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan