awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyertaan pemain warisan tidak tutup peluang pemain muda sertai Harimau Malaya

Bernama
Bernama
12/01/2025
15:00 MYT
Penyertaan pemain warisan tidak tutup peluang pemain muda sertai Harimau Malaya
Pemain Terengganu FC, Safawi Rasid ketika bertemu pengamal media selepas Jelajah Trofi Kejohanan Kelab ASEAN Piala Shopee di Sunway Velocity Mall hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid percaya penyertaan lebih ramai pemain warisan tidak akan menutup impian pemain muda untuk menyarung jersi skuad kebangsaan pada masa depan.
Beliau berkata selain memberikan cabaran sihat antara pemain, ia juga membuka ruang untuk pemain muda menggembleng usaha bagi memikat hati ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski.
"Bagi saya, kadang-kadang ada pemain tempatan yang lebih baik daripada pemain warisan... namun, terpulang kepada jurulatih untuk membuat keputusan.
"Ia adalah satu cabaran buat pemain tempatan dan persaingan sihat untuk bermain dalam skuad kebangsaan," kata kapten Terengganu FC itu kepada pemberita pada majlis Jelajah Trofi Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) 2024/25 di sini hari ini.
Semalam, melalui perkongsian Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, baginda memaklumkan bahawa enam hingga tujuh pemain warisan yang beraksi di Eropah sudah dikenal pasti untuk memperkuatkan Harimau Malaya menjelang kempen kelayakan Piala Asia 2027 yang bermula Mac ini.
justeru, Tunku Ismail memohon kerjasama daripada Kerajaan Malaysia bagi membantu memudahkan urusan beberapa pemain itu untuk mendapatkan pasport negara ini.
Bagi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang bakal berlangsung dari 25 Mac ini hingga 31 Mac tahun depan, Malaysia diundi dalam Kumpulan F bersama Vietnam, Nepal dan Laos.
Hanya juara kumpulan sahaja yang akan layak ke kejohanan bola sepak terunggul Asia itu di Arab Saudi dari 7 Jan hingga 5 Feb 2027.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#pemain warisan
#pemain muda
#Safawi Rasid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan