Para penyokong Skuad Harimau Selatan mula bertolak ke Stadium Shah Alam pagi ini bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2017 di antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Kedah malam ini.
Kira kira 1,500 penyokong mula berkumpul di pekarangan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin seawal enam pagi.
Difahamkan, bagi menampung jumlah yang bertolak dari stadium itu sahaja adalah melibatkan sebanyak 36 buah bas, manakala terdapat ramai lagi di beberapa lokasi berkumpul di daerah-daerah lain.
Rata-rata mereka yang ditemui berkata mereka memilih untuk bertolak awal bagi mengelakkan kesesakan pada saat-saat akhir sebelum sepak mula Piala Malaysia malam ini.
Hasil tinjauan mendapati kesemua penyokong berasa teruja untuk sama-sama memeriahkan perlawanan akhir.
"Memang teruja, dari malam tadi tidur tak lena, excited.
"Harapan untuk Piala Malaysia, memang kita nak menang. Sebelum ini, pada 2014 kita dah cuba tapi tak lepas. Penantian selama 19 tahun; saya rasa memang patutlah kita bawa Piala Malaysia ke Johor," kata Azman Abu.
Seorang lagi penyokong JDT, Sarimah Ali berkata dia tidak sabar dan gembira berpeluang menyaksikan perlawanan akhir kali ini.
"Terlalu gembira sebab JDT masuk final. Berasa teruja sangat-sangat.
"Harapan mestilah nak JDT menang sebab dah berapa tahun, 19 tahun kita impikan Piala Malaysia ni. Memang teruja sangat-sangat. Kita jangka JDT menang 2-1," kata Sarimah.
Sebanyak 72,000 tiket diperuntukkan dengan setiap pasukan akan menerima agihan 30,000 tiket dewasa dan 750 kanak-kanak.
Manakala baki 10,000 tiket dewasa serta 500 tiket kanak-kanak dijual menerusi dalam talian.
Tiket bagi dewasa berharga RM50 dan kanak-kanak RM5 termasuk GST dan perlindungan insurans.
Astro Awani
Sat Nov 04 2017
Kira kira 1,500 penyokong mula berkumpul di pekarangan Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin seawal enam pagi. -Astro AWANI
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Punca 70 peratus pekerja seluruh dunia berdepan penyakit
Perubahan iklim yang semakin ketara menyebabkan 70 peratus pekerja di seluruh dunia terdedah kepada pelbagai bahaya.
Cabul MRSM: Polis selesai rakam keterangan 14 individu
Polis Kelantan telah memanggil 14 individu untuk memberi keterangan berhubung kes pedofilia yang melibatkan seorang guru di MRSM Tumpat.
Penjawat awam ditahan polis positif dadah
Seramai 11 penjawat awam antara 30 yang ditahan polis kerana positif dadah di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi Ahad.
Inspektor ditahan kerja
Seorang Inspektor polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 16 tahun, akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Enam lagi laporan kes liwat pelajar
Polis tidak menolak kemungkinan beberapa lagi laporan polis akan dibuat oleh mangsa lain selepas seorang ustaz dicekup dipercayai meliwat tiga pelajar lelaki di sebuah pusat tahfiz di Machang.
Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Polis sahkan Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali Chegu Bard ditahan dan direman dua hari untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948.
JDT elak boros, sedia lepaskan pemain
JDT sedia melepaskan beberapa pemain dan staf teknikal sebagai salah satu penstrukturan semula kelab tersebut.
Jangan cemburu atau benci, tetapi kagumi kehebatan JDT - TMJ
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan tiada mana-mana kelab di negara ini yang mampu meniru apa yang telah dilakukan oleh Harimau Selatan.
ACL: Permulaan hambar hukum JDT di Ulsan
JDT mengalami kekalahan kedua selepas kecundang 1-3 di tangan pasukan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai pada aksi ketiga Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) hari ini.
Nafsu JDT sukar disekat
Sudah tentu dengan prestasi yang luar biasa yang dijelmakan oleh anak didik Esteban Solari masa ini pasti mampu menggekalkan kejuaraan Liga Super berturut-turut untuk satu dekad.
JDT kukuhkan nilai komersial bola sepak Malaysia
Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mendakwa pasukan Harimau Selatan itu antara faktor utama nilai komersial industri bola sepak di Malaysia meningkat.
Final Piala Malaysia: Aura pemain ke-12 semarak semangat JDT
Sokongan padu pemain ke-12 Harimau Selatan mampu menjadi pemangkin semangat pemain Johor Darul Tazim (JDT) dalam memburu kejuaraan Piala Malaysia 2022.
JDT menang bergaya, benam Guangzhou FC 5-0
JDT membelasah juara lapan kali Liga Super China Guangzhou FC 5-0 pada aksi Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim malam ini.
JDT, Sabah FC perkukuh kedudukan
Tampil dengan barisan terkuatnya, skuad Harimau Selatan itu tidak perlu menunggu lama untuk membuka jaringan menerusi Bergson da Silva pada minit ke-7.
Liga Super: Harimau Selatan kenduri gol, terkam Bujang Senang
Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan permulaan sempurna bagi musim 2022 selepas membelasah Sarawak United, 6-0, malam ini.
Liga Super: Giliran KL City FC pula sekat JDT
JDT tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Hariss Harun pada minit ke-55 hasil sepakan sudut oleh Muhammad Nazmi Faiz Mansor.