awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong Rangers abai larangan UEFA, nyanyi lagu 'God Save the King'

Astro Arena
Astro Arena
15/09/2022
08:37 MYT
Penyokong Rangers abai larangan UEFA, nyanyi lagu 'God Save the King'
Rangers memohon kepada UEFA untuk memainkan lagi kebangsaan itu sebelum sepak mula bagi memperingati kematian Ratu Elizabeth II tetapi ia ditolak oleh badan induk bola sepak Eropah berkenaan.
LAGU 'God Save the King' dinyanyikan oleh penyokong Rangers sebelum perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) menentang Napoli di Ibrox awal pagi tadi walaupun ia tidak dibenarkan oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Pasukan Scotland itu, yang tewas 0-3 dalam perlawanan berkenaan, telah memohon kepada UEFA untuk memainkan lagi kebangsaan itu sebelum sepak mula bagi memperingati kematian Ratu Elizabeth II tetapi ia ditolak oleh badan induk bola sepak Eropah berkenaan.
Menurut UEFA, permintaan itu ditolak "atas dasar mengekalkan upacara praperlawanan yang konsisten dengan suasana tenang dan tanpa sebarang aktiviti keraian di semua venue di United Kingdom bagi menunjukkan penghormatan".
Bagaimanapun, selepas mengadakan upacara 'a moment of silence', penyokong Rangers mula menyanyikan lagu kebangsaan berkenaan.
Di London, penyokong Chelsea juga melakukan perkara sama sebelum sepak mula perlawanan menentang RB Salzburg. -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Rangers
#UEFA
#God save The Queen
#Ratu Elizabeth II
#lagu kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan