awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
Pengarah drama Manjalara, Haris Kadir meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang

Bernama
Bernama
21/09/2024
22:45 MYT
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Pemain pasukan Perak FC, Clayton Da Silveira (dua dari kiri) mengawal bola ketika bertemu pasukan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super Malaysia 2024/2025 di Stadium Perak malam tadi. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Perak FC akhirnya berjaya melakar kemenangan sulung di laman sendiri dalam saingan Liga Super musim ini selepas menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Kemenangan itu membolehkan Perak memanjat naik ke tangga ketujuh liga dengan mengumpul 12 mata daripada sembilan perlawanan, hanya empat mata di belakang pasukan ketiga Terengganu FC.
Pada pertembungan malam ini, gol kemenangan skuad bimbingan Yusri Che Lah itu dijaringkan oleh pemain import, Luka Milunovic pada minit ke-62 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Di babak kedua, KL City memperoleh peluang keemasan namun penjaga gol Perak Muhammad Haziq Nadzli berjaya menyelamatkan percubaan Brendan Gan.
Terdahulu, PDRM FC turut mengutip kemenangan keempat Liga Super selepas mencipta kejutan ke atas Sabah FC 1-0 pada perlawanan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, di sini.
Selepas aksi separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan, kedua-dua pasukan terus buntu mencipta gol sehingga penyerang import, Ifedayo Olusegun meledak gol kemenangan PDRM pada minit ke-80 untuk menghadiahkan tiga mata berharga buat pasukan.
PDRM kini di kedudukan keenam liga dengan mengumpul 14 mata selepas mengharungi 10 perlawanan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perak FC
#KL City FC
#Yusri Che Lah
#Luka Milunovic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan