awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perak FC sedia ke mahkamah selesaikan isu tuntutan gaji Teong Kim

Bernama
Bernama
18/11/2023
11:43 MYT
Perak FC sedia ke mahkamah selesaikan isu tuntutan gaji Teong Kim
Pada 11 Nov lepas, peguam mewakili Teong Kim mengesahkan isu tuntutan gaji terhadap Perak FC itu akan diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan. - Gambar fail
IPOH: Perak FC bersedia menyelesaikan isu tuntutan bayaran baki gaji susulan pemecatan dan penamatan kontrak bekas pengendali Perak FC Datuk Lim Teong Kim yang didakwa tidak sah di Mahkamah Perusahaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC Bobie Farid Shamsudin berkata pihaknya masih menunggu pemakluman berkaitan perkara itu daripada Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia (JPPM) Perak untuk tindakan lanjut.
"Perkara yang membabitkan proses mahkamah kita tak sepatutnya komen dengan lebih lanjut kerana ia akan ganggu proses (pengadilan) di mahkamah nanti.
"Apa pun biar mahkamah yang adili sebab kita dah lalui proses pertama dan kedua untuk perdamaian. Bila tak berjaya, apa sahaja yang diputuskan oleh mahkamah kita akan terima," katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada 11 Nov lepas, peguam Adam Yap Boon Han yang mewakili Teong Kim mengesahkan isu tuntutan gaji bekas Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD) terhadap Perak FC itu akan diputuskan oleh Mahkamah Perusahaan.
Beliau dalam kenyataan sama memaklumkan tindakan berkenaan adalah jalan terbaik untuk memastikan kemelut berkenaan berjaya diselesaikan selepas proses perbincangan membabitkan kedua-dua pihak menemui jalan buntu.
Sementara itu, Bobie Farid berkata dalam proses perbincangan yang dilakukan antara kedua-dua pihak sebelum ini, Perak FC ada mengemukakan tawaran tertentu namun tidak dipersetujui Teong Kim.
"Perak FC ada kemukakan tawaran tetapi mereka yang tidak terima. Di pihak Perak FC, kita tiada masalah, kalau dia terima apa yang kita tawarkan maka kita selesaikan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perak fa
#isu gaji
#Lim Teong Kim
#jurulatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan