awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perasaan saya sama seperti Messi, ketika tinggalkan Aston Villa - Grealish

Astro Arena
Astro Arena
10/08/2021
04:41 MYT
Perasaan saya sama seperti Messi, ketika tinggalkan Aston Villa - Grealish
GREALISH: Semua orang telah lihat bagaimana Messi pada sidang media terakhirnya. Itulah juga perasaan yang saya hadapi apabila meninggalkan Villa. - Gambar fail
JACK Grealish memiliki perasaan yang sama seperti Lionel Messi yang menangis ketika mengumumkan untuk meninggalkan Barcelona ketika dia beralih dari Aston Villa ke Manchester City.
Grealish menyertai City dengan perpindahan termahal Britain, GBP100 juta Khamis lalu, juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengaktifkan klausa perpindahan untuk membawanya ke Stadium Etihad.
Pengesahan perpindahan Grealish hadir pada hari sama Barcelona mengumumkan mereka tidak akan menandatangani kontrak baru untuk Messi ekoran sekatan 'struktur dan kewangan'.
Messi, yang dilaporkan secara meluas hampir mencapai kesepakatan untuk menyertai Paris Saint-Germain, mengadakan sidang akhbar yang penuh beremosi Ahad lalu ketika dia mengesahkan berakhirnya 21 tahun kerjasama dengan Barcelona, dengan bintang Argentina itu menangis di atas pentas sebelum dan selepas memberikan ucapan.
BACA: Messi tahan sebak, ucap selamat tinggal kepada Barcelona
BACA: City pecah rekod perpindahan EPL tandatangani Grealish
Grealish telah berada di Villa sejak berusia enam tahun dan memberitahu wartawan semalam bahawa dia sangat memafahami situasi Messi.
"Semua orang telah melihat bagaimana Messi pada sidang media terakhirnya," kata Grealish.
"Itulah juga perasaan yang sama saya hadapi apabila meninggalkan Villa.
"Sebelum saya meninggalkan hotel, saya bercakap dengan pasukan, kakitangan dan pemain, dan saya mengalirkan air mata."
"Saya berasakan sudah tiba masanya untuk saya terus maju ke hadapan," tambah Grealish.
"Saya sentiasa berkata mahu bermain dalam Liga Juara-Juara -- saya tidak mampu melakukannya bersama Villa tahun ini.
"Saya datang untuk meraih gelaran dan bermain di Eropah. Jadi itulah fokus saya."
BACA: Spekulasi perpindahan: Messi akan jalani ujian perubatan di PSG hari ini
BACA: Messi tiada, Aguero pula cedera
Topic Berkaitan
#Jack Grealish
#barcelona
#EPL
#Lionel Messi
#Liga Perdana Inggeris
#Manchester City
#Argentina
#perpindahan termahal
#Aston Villa
#Liga Juara-Juara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan