awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dikejar lebih sejam, dua lelaki curi kabel telekomunikasi ditahan
Rumah ibadat atas tapak tidak sah: Penguatkuasaan perlu konsisten, adil - ABIM
KPDN teliti pindaan perundangan, tutup ruang manipulasi pembelian RON95 bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Percayai kemampuan Chelsea, pesan Fernandez kepada penyokong

Astro Arena
Astro Arena
26/02/2023
00:00 MYT
Percayai kemampuan Chelsea, pesan Fernandez kepada penyokong
The Blues menduduki tempat ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris menjelang kunjungan ke Tottenham dan Fernandez (gambar) menyeru penyokong untuk mempercayai kemampuan mereka. - Foto Astro ARENA
ENZO Fernandez menggesa penyokong Chelsea supaya percaya dengan kemampuan pemain, staf dan ketua jurulatih, Graham Potter, di sebalik prestasi yang kurang memberangsangkan.
Chelsea hanya memenangi empat daripada 19 perlawanan dan tanpa kemenangan dalam lima perlawanan terakhir selepas tewas 1-0 kepada Southampton minggu lalu.
Itu walaupun terdapat perbelanjaan besar untuk pemain baharu dalam dua jendela perpindahan terakhir, termasuk perpindahan pecah rekod GBP106.8 juta untuk membawa pemenang Piala Dunia, Fernandez dari Benfica bulan lalu.
The Blues menduduki tempat ke-10 dalam Liga Perdana Inggeris menjelang kunjungan ke Tottenham, dan Fernandez telah menyeru penyokong untuk mempercayai kemampuan mereka.
"Mesej saya kepada penyokong supaya tidak lupa bahawa kami mewakili anda," kata pemain berusia 22 tahun itu kepada The Times.
"Percaya dengan kami. Percayai pemain, percayai kakitangan kejurulatihan, percayai pengurus. Kerana kami semua bergerak ke arah yang sama.
"Ia adalah penstrukturan semula kelab. Kami akan cuba memenangi perlawanan, bermula hari ini. Kemudian kami boleh mula mengubah keadaan."
Fernandez menjadi pemain yang paling mahal dalam sejarah bola sepak England apabila dia tiba di Stamford Bridge, tetapi dia menegaskan itu tidak mempengaruhi pemikirannya di atas padang.
“Angka-angka ini tiada kaitan dengan saya,” katanya. "Ia sebahagian daripada bola sepak. Tugas saya adalah untuk keluar dan memberikan yang terbaik."
Topic Berkaitan
#Chelsea
#Enzo Fernandez
#jendela perpindahan
#Liga Perdana Inggeris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan