awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlawanan Liverpool - Manchester United diteruskan

Bernama
Bernama
05/01/2025
15:24 MYT
Perlawanan Liverpool - Manchester United diteruskan
Perlawanan di gelanggang sendiri Liverpool menentang Manchester United pada Ahad akan berlangsung seperti yang dijadualkan. - Gambar Wikipedia
LONDON: Perlawanan di gelanggang sendiri Liverpool menentang Manchester United pada Ahad akan berlangsung seperti yang dijadualkan, lapor PA Media/dpa.
Salji lebat yang turun sepanjang malam di Merseyside dan barat laut England menyukarkan keadaan jalan raya bagi perjalanan penyokong kedua-dua pasukan, sekali gus membangkitkan kemungkinan perlawanan itu ditangguhkan.
Kumpulan Penasihat Keselamatan Majlis Bandar Raya Liverpool mengadakan dua mesyuarat pada Ahad berhubung kebimbangan mengenai akses ke Anfield, namun perlawanan itu - satu daripada aksi terbesar dalam bola sepak England - akan bermula seperti dijadualkan pada pukul 4.30 petang GMT.
"Perlawanan hari ini menentang Manchester United akan diteruskan seperti yang dirancang," menurut kenyataan kelab pendahulu liga itu di akaun rasmi Xnya.
"Dua mesyuarat keselamatan telah diadakan lebih awal untuk menilai keadaan cuaca dan perjalanan.
Kami berterima kasih kepada semua pihak yang membantu memastikan perlawanan ini dapat diteruskan hari ini. Jika anda dalam perjalanan ke Anfield, sila berhati-hati. Kami tidak sabar untuk melihat anda di sana," katanya.
Bulan lepas, perlawanan derby Merseyside antara Everton dan Liverpool di Goodison Park terpaksa ditangguhkan atas sebab keselamatan.
Ketika itu, angin kencang menyebabkan gangguan perjalanan yang serius di dalam dan sekitar bandar.
--BERNAMA-PA MEDIA/dpa
Topic Berkaitan
#Liverpool
#Manchester United
#bola sepak
#salji lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan