IPOH: Kajian menyeluruh perlu dilakukan sebelum sebarang keputusan dibuat untuk membubarkan skuad Perak FC II yang bakal bersaing dalam kancah Liga M3 pada musim depan, kata Pengurus Pasukan Perak FC Mohd Rashidi Abdul Rahim.
Beliau berkata ini kerana pembubaran pasukan memberi kesan secara langsung kepada nasib pemain, barisan kejurulatihan dan pembangunan bakat muda yang bakal meneruskan legasi The Bos Gaurus pada masa akan datang.
"Kita sedia maklum, pasukan utama turut menggunakan khidmat pemain dari Perak FC II, malah ada yang sudah melebihi umur untuk diserap ke pasukan Piala Presiden atau Belia.
"Tolonglah fikirkan mereka yang baru sahaja ceburi bidang ini, ia akan bunuh karier dan semangat mereka secara tidak langsung jika kita tutup feeder club ini," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Pada Jumaat, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) Datuk Mohamad Yadzan Mohamad dilapor mengumumkan keputusan untuk membubarkan Perak FC II selepas skuad utama, Perak FC tersingkir ke saingan Liga Premier musim depan.
Mohamad Yadzan turut menjelaskan keputusan itu dibuat bagi memberi fokus kepada Perak FC untuk bangkit dalam tempoh dua tahun sebelum kembali ke pentas Liga Super.
Mengulas lanjut, Mohd Rashidi berkata beraksi dalam kancah Liga M3 bukan sahaja mengurangkan perbelanjaan pasukan berbanding sebelum ini, malah memberi kesan positif kepada pemain untuk meningkatkan kemahiran kerana beraksi dalam pertandingan profesional.
"Kita gilap lagi bakat sedia ada, cari lagi muka baharu yang bagus untuk dibawa ke dalam pasukan, dedahkan mereka dalam Liga M3, saya yakin ia akan membuahkan hasil," katanya.
Selain itu, beliau berkata jika keputusan pembubaran Perak FC II tetap dilakukan ia hanya akan membuatkan The Bos Gaurus terus berada ditakuk lama tanpa sebarang perubahan yang mampu meningkatkan kembali imej pasukan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021
Sebahagian pemain Perak FC II. - Foto Facebook Perak FC
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Pemandu Mercedez terbakar, juga suspek langgar lari motorsikal
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motorsikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan usul perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Perlu kajian menyeluruh sebelum bubar Perak FC II
Pembubaran memberi kesan kepada nasib pemain, barisan kejurulatihan dan pembangunan bakat muda yang bakal meneruskan legasi The Bos Gaurus.