awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlu ketahanan tinggi bagi mencapai impian kata Russel kepada pelajar Malaysia

Bernama
Bernama
28/03/2023
22:00 MYT
Perlu ketahanan tinggi bagi mencapai impian kata Russel kepada pelajar Malaysia
Pelumba Britain berusia 25 tahun itu berkongsi pengalaman hidupnya dan awal kerjaya perlumbaan empat rodanya yang bermula dari kart, sebelum naik ke siri GP3 dan Formula, sebelum dan berjaya ke F1. - Foto BERNAMA
BANGI: Pemandu Pasukan Mercedes AMG Petronas Formula One (F1) George Russell pada Selasa meluangkan sedikit masa daripada jadual perlumbaan mereka yang padat untuk memberi inspirasi kepada lebih 200 pelajar universiti awam dan swasta Malaysia.
Pelumba Britain berusia 25 tahun itu, berkongsi pengalaman hidupnya dan awal kerjaya perlumbaan empat rodanya yang bermula dari kart, sebelum naik ke siri GP3 dan Formula, sebelum dan berjaya ke F1.
Bercakap dalam program 'Success on the Fast Lane' anjuran Petronas Lubricants International, Russel berkata ia memerlukan ketahanan diri yang tinggi untuk terus mengejar impian seseorang, terutamanya dalam menghadapi industri dengan tekanan tinggi.
"Bagaimanapun, ia penting untuk terus mengingati matlamat kita dan terus fokus untuk mencapainya. Ia juga penting untuk bersedia menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah-ubah - ini terbukti terjadi bukan sahaja di trek di mana keadaan perlumbaan boleh berubah dalam masa beberapa minit, tetapi juga dalam kehidupan seharian.
"Saya gembira untuk berkongsi pengalaman saya, dan apa yang saya pelajari, semoga saya dapat memberikan inspirasi kepada pelajar di sini pada Selasa, untuk terus mengejar impian mereka," katanya di Pusat Kepimpinan Petronas di sini.
Russell, yang berada pada kedudukan keenam dalam senarai kejuaraan dengan 18 mata, selepas dua perlumbaan pertama musim ini di Bahrain dan Arab Saudi, yakin dia dan rakan sepasukan Lewis Hamilton mampu mencabar Max Verstappen dan Sergio Perez dari Redbull Racing, untuk gelaran dunia.
Russel akan ke Melbourne esok untuk Grand Prix Australia, yang akan berlangsung hujung minggu di Litar Albert Park.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PLI Hezlinn Fariss Idris berkata mereka berbesar hati untuk memberikan pelajar peluang mendengar dan belajar daripada kehidupan dan pengalaman Russell secara ekslusif, untuk memberi inspirasi dan menggalakkan pemimpin masa depan untuk meneruskan impian mereka.
"Di PLI, kami faham keperluan mahasiswa untuk mendengar sendiri pengalaman daripada mereka yang telah menunjukkan ketabahan, keberanian dan ketahanan tinggi untuk mengatasi keadaan dan melaksanakan tugas di bawah tekanan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#George Russell
#Grand Prix
#Petronas Formula One
#mahasiswa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan