awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tidak dapat KM dari PBT, projek ladang babi di Jalong diarah henti serta-merta - Exco
Perhimpunan agung pertama GPS dijadual 19 April
Lagi gempa bumi di Indonesia, berukuran 5.9 magnitud di kepulauan Tanimbar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persahabatan Antarabangsa: Cheng Hoe puas hati dengan persembahan Harimau Malaya

Astro Arena
Astro Arena
10/10/2021
22:52 MYT
Persahabatan Antarabangsa: Cheng Hoe puas hati dengan persembahan Harimau Malaya
Cheng Hoe menganggap penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, sudah lulus ujian pertamanya dalam perlawanan itu. - Astro ARENA
KETUA jurulatih skuad negara, Tan Cheng Hoe, berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya meskipun tewas 1-5 kepada Uzbekistan dalam aksi persahabatan antarabangsa di Amman, Jordan pada Sabtu.
Baginya, barisan pemain negara telah menujukkan perubahan positif berbanding ketika tewas 0-4 kepada Jordan dalam perlawanan terdahulu.
Dalam aksi terbaru itu, Baddrol Bakhtiar berhasil menemui satu jaringan untuk merapatkan kedudukan kepada 1-3 sebelum waktu rehat tetapi Harimau Malaysia kemudian dibolosi dua gol lagi dalam babak kedua.
"Apabila kita bertemu Jordan dalam perlawanan tempoh hari, kita boleh nampak terlalu banyak kesilapan individu tetapi kalau kita lihat perlawanan pada Sabtu, kesilapan individu yang besar dapat dikurangkan," katanya seperti yang dipetik dalam Nadi Weekend pada Ahad.
"Bagaimanapun, daripada segi bertahan sebagai satu pasukan, kami masih perlu memperkemaskannya."
BACA: Harimau Malaya kecundang lagi, tewas 1-5 kepada Uzbekistan
Dalam pada itu, Cheng Hoe menganggap penyerang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin, sudah lulus ujian pertamanya dalam perlawanan itu.
Pemain kelab Belgium, KV Kortrijk, itu diletakkan selaku kesebelasan utama buat julung-julung kalinya dan Cheng Hoe berpuas hati dengan sumbangan yang diberikan pemain berusia 19 tahun berkenaan.
"Walaupun berdepan dua pertahanan yang tinggi dan besar, kita dapat melihat keyakinannya untuk menyimpan bola dan dapat membuatkan pertahanan lawan kelam-kabut.
"Kita juga dapat lihat betapa dia merupakan masa depan yang baik buat pasukan ini," tambahnya.
Topic Berkaitan
#bola sepak
#Cheng Hoe
#harimau Malaya
#aksi persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan