PERSIAPAN Indonesia menjelang saingan Piala Asia bulan ini kelihatan menerima tamparan apabila skuad Garuda itu dibelasah 0-4 oleh Libya dalam satu aksi persahabatan di Antalya, Turkiye malam tadi.

Indonesia dibolosi hanya satu gol dalam babak pertama menerusi gerakan Ahmed Ekrawa pada minit ke-25.

Bagaimanapun, tindakan ketua jurulatih, Shin Tae-yong, untuk menukar 10 pemain daripada kesebelasan utamanya menjelang babak kedua mengundang padah apabila mereka dibolosi tiga lagi gol.

Omar Al Khoja menggandakan kelebihan Libya pada minit ke-58 sebelum Nour Al Din dan Alaa Al Qajdar turut menemui sasaran, masing-masing pada minit ke-89 dan 92.

Sebagai rekod, skuad Garuda itu berada dalam Kumpulan D saingan Piala Asia bersama Jepun, Iraq dan Vietnam.

*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro