awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Starmer mohon maaf kepada mangsa Epstein, akui percaya "pembohongan" Mandelson
Bandar Jepun batalkan festival sakura susulan tingkah laku pelancong tidak beradab
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina Bernama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persaingan beregu campuran semakin kompetitif - Ee Wei

Bernama
Bernama
23/05/2025
05:00 MYT
Persaingan beregu campuran semakin kompetitif - Ee Wei
Ee Wei dan Bing Kun (gambar) bergandingan dalam dua kejohanan, dengan pencapaian terbaik mara ke suku akhir Terbuka Taiwan 2025, sebelum terkandas di pusingan kedua Masters Malaysia 2025. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara Toh Ee Wei mengakui persaingan dalam kem kebangsaan kini semakin kompetitif, apabila beberapa bakat baharu seperti Loo Bing Kun dan Chan Wen Tse mula mencuri tumpuan menerusi disiplin tinggi dan komitmen penuh semasa sesi latihan di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.
Pemenang Terbuka Korea 2024 itu yakin berbekalkan komitmen yang konsisten, mereka berpotensi besar untuk tersenarai sebagai antara gandingan terbaik dunia dan bersaing di pentas kejohanan bertaraf elit.
"Mereka ini sangat berdisiplin, kerja keras pun memang nampak. Jadi, saya percaya kalau mereka kekalkan momentum ini, pasti akan hasilkan keputusan yang baik.
"Sebagai (pemain senior), saya nak bantu naikkan nama Bing Kun supaya lebih ramai kenal siapa dia. Harap dalam tempoh singkat kami bergandingan ini dapat beri pengalaman bermakna kepada dia," katanya kepada pemberita di Axiata Arena semalam.
Ee Wei bergandingan bersama Bing Kun dalam dua kejohanan, dengan pencapaian terbaik mara ke suku akhir Terbuka Taiwan 2025, sebelum terkandas di pusingan kedua Masters Malaysia 2025.
Sebelum ini, Ee Wei membentuk gandingan utama negara bersama Chen Tang Jie, namun dipisahkan sementara susulan ketegangan dalam hubungan mereka yang dikatakan bermula sejak temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Bagaimanapun, kedua-dua pemain yang berada di ranking kelima dunia itu mencapai kata sepakat untuk kembali bergandingan bermula pada Terbuka Singapura 2025 minggu depan.
Situasi itu secara tidak langsung membuka ruang kepada pemain lain seperti Bing Kun dan Wen Tse (gandingan kepada Tang Jie) untuk menonjolkan potensi apabila diberi peluang bergandingan bersama antara pemain utama negara.
"Berkenaan saya dengan Tang Jie yang akan bersaing pada Terbuka Singapura, nanti kita tengok dekat Singapura macam mana," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#badminton
#beregu campuran negara
#toh ee wei
#Masters Malaysia 2025
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami