PETALING JAYA: Peminat bola sepak mini atau amatur yang suka bemain bola sepak dalam padang yang kecil, kini mempunyai persatuan pada peringkat kebangsaan bagi membawa suara dan pembuat peraturan menerusi penubuhan persatuan Mini Football Malaysia (MIFOM), semalam.
Presidennya Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah selepas mesyuarat Agung (AGM) mereka yang pertama berkata, persatuan itu menyasarkan untuk mempromosikan bola sepak mini, yang kini semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia.
Beliau berkata, bola sepak mini yang dimainkan enam sebelah, didefinisikan sebagai bola sepak dalam kumpulan kecil yang dimainkan pemain amatur itu, mempunyai potensi besar dalam kalangan orang ramai pada semua peringkat umur dan kedudukan status sosial, terutamanya pada pelajar sekolah.
"Sukan ini diharap menjadi langkah proaktif menyelesaikan kekurangan padang bola akibat pembangunan rancak di negara kita. Fasiliti satu padang bola, dua tempat pertandingan ini memberikan banyak penjimatan ruang, selain tidak memerlukan peralatan yang khusus seperti futsal.
"Saiz padang yang kecil dan mudah dibentuk, mampu menarik banyak penyertaan pemain, termasuk golongan wanita. Situasi enam pemain juga memberikan ruang dan peluang kepada pembangunan pemain dari segi kemahiran individu," katanya ketika AGM di Kelab Golf Negara Subang (KGNS) di sini semalam.
Sementara itu Setiausaha Agungnya Datuk Yap Nyim Keong berkata, remaja wanita digalakkan untuk mengambil bahagian dalam permainan ini, kerana agak sukar untuk mencari pemain bola sepak wanita di negara ini, selain kekurangan dari segi kualiti pemainan.
"Kita perlukan sekurang-kurannya 36 pemain untuk bermain perlawanan bolah sepak 11 sebelah. Namun dengan bola sepak mini, kita boleh tubuhkan empat pasukan dengan 36 pemain, menjadikan ia mudah untuk remaja wanita bermain dalam kumpulan yang kecil," katanya.
Berkaitan undang-undang, bekas penolong setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berkata, permainan itu hampir kepada futsal, tetapi boleh dimainkan pada padang asli atau tiruan dengan keluasan 46-50 meter dan lebar 26-30 meter.
Dimainkan 25 minit bagi setiap separuh masa dan rehat 10 minit; pengadil akan menambahkan masa yang hilang, kerana tiada pemberhentian masa permainan.
Jawatankuasa Eksekutif MiFOM
-------------------------------------------
Presiden: Tengku Datuk Seri Ahmad Shah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Timbalan Presiden: Datuk Soh Chin Aun
Naib Presiden 1: Suhaimi Sun Abdullah
Naib Presiden 2: Brig Gen (rtd) Datuk Norhuda Ahmad
Naib Presiden 3: Datuk Lawry Aster
Naib Presiden 4: Zainal Ahmad
Setiausaha Agung: Datuk Yap Nyim Keong
Bendahari: Datuk V. Ampega
Ahli Jawatankuasa:
1. Tony Mariadass
2. Amir Shairifuddin Wong
3. C. Nadarajan
4. Richard Wee
5. S. Supramaniam
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 07 2021

Bola sepak mini yang dimainkan enam sebelah, didefinisikan sebagai bola sepak dalam kumpulan kecil. - Gambar hiasan

Sekolah ditutup dua hari jika ada satu kes COVID-19
Sekolah yang mempunyai satu kes COVID-19 akan ditutup sekurang-kurangnya dua hari.

AWANI Ringkas: 3 lagi jajahan Kelantan dikenakan PKP | PKPD melibatkan tiga lokaliti di Lahad Datu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Surat layang: Polis panggil dua individu rakam keterangan
Polis memanggil dua individu untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung kes surat layang.

Warga emas hilang seminggu ditemui dalam semak
Wanita warga emas yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Seberang Takir ditemukan dalam semak.

COVID-19: Kes positif global lebih 143 juta, korban 3.05 juta
Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 31.85 juta kes.

NIA jadi teras pembaharuan dasar pelaburan negara - Azmin
NIA menjadi teras merancakkan semula iklim pelaburan Malaysia, menarik pelaburan berkualiti tinggi ke dalam negara selain mewujudkan pekerjaan berpendapatan tinggi.

Cadangan Liga Super Eropah satu gerakan menggertak UEFA - Shahrim Tamrin
Wartawan bebas sukan, Shahrim Tamrin melihat gerakan ini adalah tindak balas kepada kebobrokan yang sekian lama berlaku dalam badan induk bola sepak Eropah itu.

World #QuranHour jangka peroleh 100 juta tontonan
World #QuranHour dijangka memperolehi 100 juta tontonan di televisyen dan platform digital tahun ini.

Kemurungan | Rindukan anak, ibu bapa berdepan kemurungan
Juadah Hari Raya, ciuman tangan orang itu. Itu akan sentiasa dirindui setiap kali menjelang Hari Raya.

Ramadan | World Quran Hour kembali bersiaran 24 Ramadan
World #QuranHour akan diadakan sekali lagi selama satu jam bermula 12 tengah hari pada 6 Mei depan bersamaan 24 Ramadan. Bagi menyokong program ini, orang ramai boleh berinteraksi dengan membaca surah Al-Mulk dalam kumpulan kecil sama ada di rumah, sekolah, organisasi atau lokasi bersesuaian lain.

Cadangan Liga Super Eropah satu gerakan menggertak UEFA - Shahrim Tamrin
Wartawan bebas sukan, Shahrim Tamrin melihat gerakan ini adalah tindak balas kepada kebobrokan yang sekian lama berlaku dalam badan induk bola sepak Eropah itu.

Skuad projek FAM-MSN harus diteruskan - Kim Swee
Kim Swee yang mengulas mengenai prestasi buruk skuad bimbingan Yusri Che Lah itu, turut menolak idea pembubaran pasukan berkenaan.

Chelsea sekadar terikat tanpa jaringan dengan Brighton
Chelsea agak bernasib baik kerana masih mendapatkan satu mata dalam perlawanan itu, di mana Brighton bermain dengan cukup berkesan sebelum Ben White diarahkan keluar padang dalam waktu kecederaan.

Liga Super Eropah: Ia seperti kartel yang menghalang persaingan, kata Boris Johnson
Beliau akan bekerjasama dengan persatuan bola sepak kebangsaan England (FA) untuk "menentang inisiatif tersebut."

Enam kelab EPL sah tidak akan sertai ESL
Chelsea dan Manchester City terdahulu umum keputusan itu, diikuti setakat ini Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Tottenham Hotspur.

Laporan pemain muda berkelana di Jerman akan dipenjara tidak tepat
Akhbar tempatan baru-baru ini melaporkan Muhammad Diniz, akan dihadapkan ke mahkamah di Jerman dalam masa terdekat.

FAM akan pastikan pemain kebangsaan di luar negara disuntik vaksin
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berusaha untuk memastikan barisan pemain yang sedang mewakili kelab luar mendapat suntikan vaksin COVID-19 sebelum ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) Jun ini.

Liga Super Eropah: Kami mahu selamatkan bola sepak, kata Florentino Perez
Liga Super mencetuskan spekulasi hangat apabila melancarkan laman sesawangnya Ahad lalu dengan Perez dipilih sebagai ketua pertandingan baru.

Jurgen Klopp sedih pemain Liverpool jadi mangsa kecaman Liga Super Eropah
Klopp menegaskan, bantahannya terhadap ESL tidak akan mendorongnya meninggalkan Anfield kerana berasakan dia masih mempunyai tugas untuk menjaga pemain dan penyokong.

Saya tidak suka Liga Super Eropah - Milner
Selepas perlawanan, Milner menyusuli tindakan berani Klopp, yang membawa mesej bertentangan dengan pemilik Liverpool yang berpangkalan di Boston, Fenway Sports Group.