KUALA LUMPUR: Persembahan Harimau Malaya dalam perlawanan kedua Kumpulan E menentang Bahrain pada kempen Piala Asia 2023 semalam disifatkan belum memadai untuk mengejutkan gergasi Asia, Korea Selatan pada aksi pelengkap kumpulan itu, Khamis ini.
Pemerhati bola sepak tempatan, Datuk Richard Scully, berkata biarpun ada peningkatan dipamer skuad Kim Pan Gon berbanding perlawanan pertama berdepan Jordan tetapi masih banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan bagi mengelakkan Malaysia diaibkan pula pasukan ranking ke-23 dunia itu.
Malaysia kalah tipis 0-1 kepada Bahrain selepas dibelasah Jordan 0-4 dalam aksi pertama, Selasa lalu.
Korea Selatan sebelum ini menewaskan Bahrain 3-1 pada perlawanan pembukaan sebelum mencatat seri 2-2 berdepan Jordan pada perlawanan kedua mereka.
"Pan Gon menerapkan corak permainan dan taktikal yang sesuai apabila menentang Bahrain berbanding dengan Jordan..
"Fokus kini akan beralih kepada perlawanan menentang Korea Selatan...kita tidak boleh terapkan corak permainan sama digunakan semalam," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Pada perlawanan berlangsung di Stadium Jassim bin Hamad di Doha itu semalam, jaringan tunggal pemain tengah Bahrain Ali Madan pada penghujung permainan memusnahkan peluang Harimau Malaya mengintai kemaraan ke pusingan 16 terakhir Piala Asia 2023.
Richard dalam masa sama menuntut supaya pengendali dari Korea Selatan itu bijak dalam 'mencatur' corak permainan dan taktikal terbaik menentang pasukan negara kelahirannya itu.
"Berdepan Korea Selatan dia tak boleh terap corak permainan macam lawan Bahrain sebab mereka (Korea Selatan) mempunyaikemampuan taktikal yang tinggi. Kena pastikan penguasaan bola kekal serta tunggu masa yang sesuai untuk menyerang," katanya.
Sementara itu, bekas pemain kebangsaan, Azlan Johar menyifatkan beberapa kesilapan dilakukan pemain mengakibatkan pasukan kebangsaan tidak dapat menyudahkan peluang jaringan dicipta ketika perlawanan semalam.
Katanya, pemain Harimau Malaya tidak begitu serius apabila terdapat beberapa pemain tidak berada di posisi tepat untuk menerima hantaran bagi menghasilkan gerakan penyudah, sekali gus memastikan jaringan buat Malaysia.
"Pemain yang sepatutnya berada di kedudukan menerima hantaran lambat ke posisi yang sepatutnya bagi menjaringkan gol, ini kesalahan kecil, mereka perlu berganding sebagai satu pasukan yang kukuh untuk membuahkan hasil.
"Penjaga gol Ahmad Syihan Hazmi Mohamed pula perlu memperbaiki cara beliau membuat hantaran, kebanyakan tendangan tidak tepat kepada rakan, sedangkan rakan berada di kedudukan tepat untuk serangan dan Syihan berada di kedudukan selesa untuk buat serangan balas," katanya.
Sementara itu,veteran Selangor, Shahril Arsat pula berkata percaturan Pan Gon membuat pertukaran pemain pada babak kedua tidak memberi impak tekah memberi peluang kepada Bahrain menyerang sekali gus mencipta jaringan pada minit akhir perlawanan.
"Kita mempunyai gerakan menyerang dengan baik cuma tiada penyudah, mungkin tekanan bermain di peringkat tinggi juga menjadi faktor pemain kita tidak dapat menyudah dengan baik," katanya.
Ikuti berita dan info terkini mengenai Piala Asia 2023 di https://asiancup.bernama.com.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 21 2024
Datuk Richard Scully berkata, masih banyak 'kerja rumah' perlu dilakukan bagi mengelakkan Malaysia diaibkan pula pasukan ranking ke-23 dunia itu. - Bernama
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.