awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertahanan Negeri Sembilan, Ahmad Khuzaimi sertai Harimau Malaya

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/03/2022
07:35 MYT
Pertahanan Negeri Sembilan, Ahmad Khuzaimi sertai Harimau Malaya
Ahmad Khuzaimi menggantikan Syahmi Safari, yang diberi pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya. - FAM
KUALA LUMPUR: Pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Ahmad Khuzaimi Piee, dipanggil melapor diri ke kem latihan pasukan kebangsaan yang bermula hari ini, menjelang kunjungan ke Singapura minggu depan.
Ahmad Khuzaimi yang sebelum ini berada dalam Senarai Bersedia menggantikan pemain Johor Darul Ta’zim FC, Syahmi Safari, yang diberi pengecualian susulan kelahiran bayi kembar tiganya.
"Perancangan asal kami ialah menggantikan Syahmi dengan seorang pemain pada posisi yang sama, iaitu bek kanan tetapi pemain Sabah FC, Rizal Ghazali, menolak pelawaan.
"Atas sebab taktikal, pengurusan pasukan kebangsaan memberi peluang kepada Ahmad Khuzaimi membuktikan kemampuan sebagai pemain bek tengah berkaki kiri," kata ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon dalam satu kenyataan pada Isnin.
Harimau Malaya dijadualkan ke Singapura untuk beberapa perlawanan persahabatan dan bakal menentang Filipina pada 23 Mac, negara tuan rumah (26 Mac) dan Albirex Niigata FC Singapura (28 Mac).
Ia merupakan sebahagian daripada persiapan menjelang kelayakan Piala Asia, Jun depan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Khuzaimi Piee
#harimau Malaya
#Negeri Sembilan
#perlawanan persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan